Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan surat rayuan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mendapat kelulusan membenarkan kehadiran penuh penyokong ke stadium pada saingan kelayakan Piala Asia 2023 di sini, Jun ini.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar menjelaskan rayuan berkenaan dianggap sesuai dengan situasi semasa memandangkan kerajaan akan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi C0VID-19 bermula 1 April ini.

Justeru, beliau berkata pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada KBS kerana SOP sebenar bermula 1 April nanti masih belum keluar sepenuhnya.

Selepas dua tahun kita tiada perlawanan antarabangsa di Malaysia, kita memang mengharapkan supaya kita dapat 100 peratus kehadiran penonton.

“Tapi kita masih menunggu sehingga 1 April kerana sekarang ini SOP yang sebenar belum keluar lagi. Ia keluar hanya babit sesentegah bahagian seperti di masjid dibenarkan solat tanpa jarak.

“Kita masih lagi menunggu dan kita juga sudah membuat surat rayuan melalui KBS untuk mendapatkan kapasiti penuh (penonton) di stadium,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat keempat Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2021-2025 yang turut dihadiri Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Sebagai rekod, Malaysia diberi status selaku tuan rumah bagi Kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh dengan Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi venue untuk perlawanan itu.

Mengulas lanjut, Saifuddin turut menjelaskan pihaknya peka dengan situasi semasa C0VID-19 dan penganjuran kejohanan bola sepak di Malaysia akan kekal menggunakan konsep gelembung sukan.

“Walaupun pada 1 April nanti, SOP C0VID-19 sudah dilonggarkan apabila kerajaan membuka sempadan negara buat pengembara luar, sebagai badan sukan, kita tetap menggunakan konsep gelembung sukan.

sumber:- BH

“Ia sesuai dengan SOP yang dicadangkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Pasukan tidak perlu dikuarantin tetapi hanya diasingkan jika p0sitif C0VID-19 di hotel,” katanya.