Sukan

Benda boleh bincang

Setiap perkara boleh bawa bincang, jangan pula senyap saja tanpa khabar berita.

Perkara itu ditekankan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar yang mahu setiap pemain kebangsaan terus berhubung dengan badan induk bola sepak itu jika berhadapan masalah untuk menyertai kem latihan pusat.

Beliau berkata, FAM bukanlah terlalu k3jam sehingga tidak memberi pelepasan atau kelonggaran kepada pemain yang mempunyai alasan kukuh tidak boleh menyertai skuad kebangsaan.

Menurutnya, pemain terbabit seharusnya terlebih dahulu ‘tunjuk muka’ apabila dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan sebelum tindakan selanjutnya boleh diambil.

Saya cuma nasihatkan kepada pemain iaitu apabila mereka dapat panggilan, yang pertama sekali adalah lapor diri dahulu. Kita sebagai pengurusan dan jurulatih pun ada perasaan.

Jika ada masalah keluarga atau masalah lain seperti kecederaan, kita akan hantar pada doktor kita untuk menilai kec3deraan dan selepas itu barulah boleh dilepaskan ataupun jika alasan yang diberikan munasabah.

Itu yang saya mahu nasihatkan kepada pemain. Walaupun tak datang dua atau tiga hari, datang sehari untuk lapor diri dahulu dan selepas itu baru bincang dengan pengurusan.

“(Harapan pemain tidak buat lagi) itu sudah tentu, (pemain) jangan buat lagi,” katanya.

Terdahulu, tindakan Rizal yang menolak panggilan skuad kebangsaan untuk tiga aksi persahabatan di Singapura menimbulkan perdebatan yang menyaksikan pemain itu berkemungkinan berdepan tindakan daripada FAM.

Bagaimanapun, Saifuddin memaklumkan pihaknya sudah menerima surat penjelasan daripada Rizal namun ketika itu belum memutuskan keputusan yang akan diambil ke atas pemain terbabit.

Walaupun, Rizal tidak memberi penjelasan lanjut berkaitan penolakan terbabit namun kemungkinan ada kaitan dengan tahap kesihatan ayahnya yang kini mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital.

sumber:- HM

Situasi terbabit dikongsi pemain berkenaan menerusi laman instagramnya sekali gus menjawab persoalan dia terpaksa mengambil keputusan menolak panggilan skuad kebangsaan.