Sukan

Sri Pahang FC turun pasukan terkuat

Sri Pahang FC akan menurunkan barisan terbaik termasuk empat pemain import sekalipun hanya berdepan kelab Liga M3, Manjung City FC pada pusingan pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Pengendalinya, Christophe Gamel berkata, setakat ini lima pemain import berada pada prestasi baik tetapi hanya empat orang dibenarkan beraksi dalam kesebelasan utama. “Justeru, saya belum membuat keputusan senarai pemain import yang akan bermain kerana keputusan pada hari perlawanan.

Pada masa sama, saya turut menilai semua pemain kerana ada yang baharu pulih daripada w@bak C0VID-19 dan kec3deraan.

“Saya akan pastikan kesebelasan pemain yang akan berdepan Manjung City adalah yang terbaik,” kata jurulatih berumur 50 tahun itu.

Musim ini, Sri Pahang menyenaraikan lima import iaitu Manuel Hidalgo, Mamadou Samassa, Mahmoud Za’tara, Johan Martial dan Billy Ketkeophomphone.

Gamel berkata, dia berharap pemain yang akan disenaraikan dapat memberikan persembahan terbaik sekali gus membantu pasukan melakar kemenangan.

Katanya, semua pemain berpeluang berada dalam skuad utama termasuk barisan pemain muda.

sumber:- BH

“Ketika ini jika dilihat kepada persembahan dan komitmen pemain terutama pemain muda sepanjang latihan, mereka boleh beraksi Rabu ini,” katanya.