Sukan

Sah hanya 25 terpilih

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Isnin mengumumkan senarai akhir 25 pemain skuad Harimau Malaya yang akan mengharungi cabaran Siri Tiga-Negara FAS di Singapura, bermula Rabu ini.

FAM dalam satu kenyataan memaklumkan, sebelum ini 30 pemain disenaraikan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon untuk kem latihan pusat, hanya pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahmi Safari tidak dapat melapor diri selepas meminta pengecualian kerana menyambut kelahiran cahaya mata kembar tiga.

Syahmi digantikan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee, manakala pemain naturalisasi Dion Cools dan Liridon Krasniqi akan terus melapor diri di Singapura nanti.

Striker Petaling Jaya City FC, Darren Lok pula hadir melapor diri pada 14 Mac namun terpaksa digugurkan selepas p0sitif ujian C0VID-19, sekali gus tempatnya digantikan pemain Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya.

Dalam pada itu, dua lagi pemain digugurkan semasa kem latihan pusat berlangsung membabitkan pemain tengah JDT, Nazmi Faiz Mansor yang mengalami kec3deraan pangkal paha dan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim yang disahkan p0sitif C0VID-19.

Baki tiga lagi pemain yang tidak dibawa ke Singapura melibatkan pemain Terengganu FC, Hakimi Abdullah, Sharul Nazeem Zulpakar (Selangor FC) dan Shio Hong Wan (JDT).

Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura esok bagi memulakan saingan Siri Tiga-Negara FAS men3ntang Filipina pada Rabu ini dan skuad tuan rumah (26 Mac) pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1.

sumber:- SH

Pasukan bimbingan Pan Gon akan menamatkan siri perlawanan persahabatan di Singapura yang juga persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun, dengan bertemu kelab tempatan Albirex Niigata FC pada 28 Mac ini.