Sukan

Biasalah orang tua dia suka marah-marah — Faisal

Striker Terengganu FC (TFC), Faisal Halim menjelaskan bahawa dia dan Safiq Rahim tiada apa-apa masalah sepanjang berlatih bersama dalam kem latihan pusat skuad kebangsaan.

Hubungan dua pemain itu dalam skuad kebangsaan menjadi persoalan khususnya dalam kalangan peminat selepas mereka terbabit dengan insid3n pergadvhan di atas padang pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, 26 November lalu.

Menganggap semua pemain memiliki sikap profesional, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey berkata dia sudah melupakan insid3n itu dan tidak menyimpan dendam atas apa yang berlaku sebelum ini.

Saya dengan Safiq tiada masalah apa dan kami bermain dalam satu pasukan. Kadang-kadang saya bermain di sebelah kanan, dia pun bermain di bahagian tengah, satu pasukan.

Bila saya minta bola dia tetap bagi kepada saya. Safiq sebenarnya memang orang yang baik, biasalah orang tua dia suka marah-marah.

“Tapi sebenarnya bagi saya, Safiq profesional. Saya pun tak ada nak bawa kes yang lepas ke sini nak dendam ke apa,” katanya kepada pemberita ketika sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Insid3n pergaduhan itu menyaksikan Safiq yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) terlepas aksi final menentang Kuala Lumpur.

Malah, bekas kapten skuad kebangsaan dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan termasuk satu penggantungan automatik oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

sumber:- BH

Ia susulan pemain tengah berusia 35 tahun itu didapati bersalah ‘menanduk’ bahagian muka Faisal.