Sukan

Tidak salah kalau saya dapat lakukan — Safiq Rahim

Tiada pemain yang tidak mengimpikan slot 25 pemain yang akan dibawa Kim Pan-gon ke Kota Singa esok, tetapi mereka yang gagal menambat hati pengendali itu terpaksa akur berada dalam kelompok pemain yang tersisih.

Rata-rata pemain yang mengharungi pengalaman pertama mengakui kelainan yang cuba diterapkan Pan-gon, tetapi tidak bermakna ia satu cabaran yang rumit.

Pertama sekali saya amat berbangga kerana tersenarai terutama kepada pihak yang ingin saya berada dalam skuad kebangsaan.

“Memandangkan saya baru kali pertama (mendapat panggilan kem negara) jadi saya memerlukan sedikit masa untuk proses menyesuaikan diri dengan situasi, jurulatih persekitaran,” kata pemain tengah Kuala Lumpur City, Zhafri Yahya.

Tidak ketinggalan nama besar yang kembali membuat kemunculan selepas lima tahun iaitu pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim.

Tidak salah kalau saya dapat melakukan sesuatu lagi untuk pasukan kebangsaan. Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan.

“Saya bagaikan (seorang) pemain baru, dikelilingi ramai rakan sepasukan yang baik tidak kira pemain muda dan senior,” katanya pula.

Situasi terkini tinggal 24 pemain bersama skuad negara selepas penjaga gol dari Terengganu, Rahadiazli Rahalim, terpaksa digugurkan ekoran jangk!tan C0VID-19.

Situasi itu memberi kesukaran kepada Hakimi Abdullah yang terpaksa menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat.

sumber:- SA

Jika berlaku pengguguran, ia mungkin melibatkan pemain kelahiran Kelantan itu. Malaysia akan berdepan berdepan Filipina, Rabu depan sementara Singapura pada Sabtu depan dan kelab yang beraksi dalam kancah tempatan, Albirex Niigata, dua hari kemudian.