Sukan

Masih menjadi tanda tanya

Siapakah yang akan diberikan tugas sebagai pengg3mpur utama skuad Harimau Malaya oleh Kim Pan Gon untuk aksi persahabatan pertama di bawah kendaliannya berdepan Filipina di Singapura, Rabu ini.

Ketiadaan Guilherme De Paula yang tidak disenaraikan dan Darren Lok pula digugurkan akibat C0VID-19, kini nama Syafiq Ahmad, Faisal Halim dan Luqman Hakim Shamsudin dilihat antara pilihan yang pengendali dari Korea Selatan itu miliki.

Bagi Luqman, walaupun menjadi pemain termuda bersama Arif Aiman Hanapi dalam skuad Pan Gon ketika ini, dia menegaskan akan melakukan yang terbaik sekiranya diberi peluang untuk beraksi.

Malah, striker kelab Belgium, KV Kortrijk itu mengakui sedang berusaha untuk mempamerkan persembahan lebih baik bersama skuad Harimau Malaya berbanding ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai dan Piala AFF 2020 tahun lalu.

Untuk saya sendiri, saya sudah main dekat Dubai dan Piala AFF. Kelemahan saya sebelum ini saya akan perbaiki. Saya akan bangkit balik dalam perlawanan persahabatan ini sebab saya tahu kelemahan saya.

“Jadi apa yang saya boleh buat, saya kena belajar dari kesilapan. Sebelum ini mungkin saya tak berpuas hati dengan persembahan saya, jadi kali ini saya kena tunjuk balik,” katanya.

Pemain kelahiran Kota Bharu, berusia 20 tahun itu juga mengakui dia banyak belajar benda baharu di bawah kendalian Pan Gon.

Katanya, kaedah latihan yang diterapkan bekas pengendali skuad kebangsaan Hong Kong itu juga seakan sama dengan apa yang dipelajari di Belgium.

Kita belajar benda yang luar biasa dari dia (Pan Gon), latihan berintensiti tinggi. Dia dengan pembantu jurulatih, Pau Marti (Vicente) bagi tahap yang berbeza, cara Eropah.

sumber:- BH

“Lain jurulatih lain caranya, kita sebagai pemain ambil untuk menambahkan ilmu. Bagi saya tiada masalah, dengan Tan Cheng Hoe pun saya belajar banyak dan saya kena ambil,” katanya.