Sukan

Zii Jia mudah tumbangkan Juara Dunia

Jaguh perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia mempamer aksi bertenaga untuk menumbangkan sensasi Jepun, Kento Momota 21-7, 13-21, 21-11 pada aksi suku akhir Seluruh England awal pagi tadi.

Berlangsung di Utilita Arena Birmingham, Zii Jia dilihat tenang mengawal permainan ketika bertemu juara dunia dua kali itu dengan bangkit semula di set penentuan selepas tewas pada set kedua.

Kejayaan melangkah ke separuh akhir bermakna pilihan keenam kejohanan itu semakin hampir untuk mempertahankan takhta kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu.

Dengan kemenangan itu, Zii Jia akan bertemu Lakshya Sen dari India pada aksi separuh akhir, hari ini.

Momota tidak dapat mengawal bola dengan baik di set pertama. Saya hanya terus beraksi dengan corak meny3rang.

Kemenangan ini memberi lebih keyakinan kepada saya. Pada perlawanan seterusnya saya akan bertemu Lakshya yang sedang berada dalam prestasi terbaik.

“Saya perlu menikmati permainan saya dan beraksi dengan cara tersendiri. Lakshya bermain dengan sangat baik dan akan menjadi pemain terbaik pada masa hadapan,” katanya.

Zii Jia menjadi wakil tunggal negara mara ke separuh akhir selepas beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal meneruskan perjuangan apabila tewas 15-21, 15-21 kepada gandingan China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

sumber:- HM

Terdahulu beregu wanita negara, Pearly Tan- M Thinaah tewas 21-15, 17-21, 9-21 kepada beregu Kore Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong pada aksi suku akhir.