Sukan

Teka – Teki Status Rizal Ghazali akhirnya terjawab

Pemain pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali tampak bukan sengaja menolak pelawaan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon daripada menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya.

Ia selepas bekas pemain Kedah itu membuat satu hantaran di laman sosialnya dengan berkongsi gambar keadaan seorang lelaki yang dipercayai bapanya sedang terlantar sak!t di sebuah hospital.

Dalam hantaran yang disertai #ayah itu, Rizal menulis: “Semoga sihat seperti biasa, jauh mana pun tetap anakmu berdoa”.

Tidak dapat dipastikan tahap kesihatan bapanya pada masa ini, namun perkongsian yang dibuat Rizal memberi bayangan bahawa mungkin perkara itu menjadi faktor dia terpaksa menolak pelawaan Pan Gon.

Terdahulu, Rizal dilaporkan menolak pelawaan menyertai kem latihan pusat yang bermula Isnin lalu bagi menggantikan tempat Syahmi Safari yang meminta pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiganya.

Susulan dari itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar menjelaskan pihaknya tidak mengetahui apa punca sebenar Rizal menolak panggilan skuad kebangsaan.

sumber:- BH

Rizal turut dilaporkan boleh dikenakan hukuman berat termasuk penggantungan dan denda sekiranya didapati menolak panggilan skuad kebangsaan tanpa alasan yang kuku