Sukan

Zii Jia mara dan bakal buat perhitungan dengan Momota

PENYANDANG juara yang juga pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan momentum positif di kejuaraan Seluruh England apabila mengatasi cabaran bintang Kanada, Brian Yang.

Aksi di Utilita Arena Birmingham itu menyaksikan pemain pilihan keenam kejuaraan tersebut menewaskan lawannya straight set, 26-24, 21-11 dalam masa 45 minit.

Keputusan itu menyaksikan Zii Jia mara ke pusingan ketiga kejuaraan bakal berdepan Kento Momota.

Momota yang juga pilihan kedua kejuaraan sebelum itu menewaskan pemain Korea Selatan, Heo Kwanghee, 21-16, 21-12.

Sementara itu, impian Liew Darren untuk mara ke pusingan ketiga tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain Taiwan, Chou Tien Chen.

Darren tewas 18-21, 21-13, 21-9 kepada pemain pilihan keempat kejuaraan tersebut.

Dalam pada itu, pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa akur kehebatan pemain China, He Ji Ting-Tan Qiang.

Gandingan pilihan keempat kejuaraan itu tewas kepada 21-15, 21-19 dalam masa 35 minit.

Turut sama mengucap selamat tinggal kepada Birmingham adalah pasangan beregu campuran Ong Yew Sin-Goh Liu Ying yang tewas dalam aksi 27 minit kepada pilihan kedua dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 21-5, 21-15.

Cabaran gandingan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See turut berakhir dalam masa 30 minit apabila tewas kepada Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti 16-21,14-21.

sumber:- SH

Bagaimanapun pilihan ketujuh kejuaraan, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing meneruskan cabaran negara apabila mengatasi gandingan Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran 21-19, 21-17 dalam aksi yang berlangsung 38 minit.