Sukan

Ketiadaan dalam sesi latihan akhirnya terjawab

Ketiadaan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim dalam sesi latihan skuad negara akhirnya terjawab apabila pemain muda tinggi lampai itu disahkan dijangk!ti C0vid-19.

Menurut pengendali negara, Kim Pan-gon, keadaan kesihatan Rahadiazli beberapa hari lalu menunjukkan beberapa simpt0m C0vid-19 dan ternyata penjaga gol berusia 20 tahun itu p0sitif C0vid-19.

Dukacita dimaklumkan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim dari Terengganu FC telah disahkan p0sitif C0vid-19 selepas keputusan ujian diperolehi lewat malam semalam.

“Pagi semalam, kesemua pemain dan pegawai sudah melakukan uj!an RTK yang mana kesemuanya negatif, namun disebabkan Rahadiazli menunjukkan beberapa simptom berkaitan, penjaga gol tersebut telah diarahkan untuk membuat pula ujian PCR pada sebelah petangnya,” kata jurulatih dari Korea Selatan itu.

Jelas Pan-gon lagi, beliau terpaksa menggvgurkan Rahadiazli dan tidak bercadang memanggil pemain baharu.

Dengan hanya berbaki empat hari latihan pusat tempatan sebelum skuad Harimau Malaya berlepas ke Singapura pada Selasa ini, pengurusan pasukan kebangsaan memutuskan untuk tidak memanggil penjaga gol baharu dan mengekalkan tiga penjaga gol sedia ada iaitu Farizal Marlias, Khairulazhan Khalid dan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

“Bagi pihak Persatuan Bolasepak Malaysia, pengurusan pasukan kebangsaan mendoakan kesihatan Rahadiazli supaya beliau dapat segera s3mbuh,” katanya.

Skuad negara bakal terbang ke Singapura bagi mengharungi tiga aksi persahabatan termasuk dua adalah perlawanan antarabangsa kelas 1 men3ntang Filipina dan Singapura masing-masing pada 23 dan 26 Mac ini.

sumber:- BH

Manakala satu lagi aksi membabitkan pertemuan dengan kelab Liga Singapura, Albirex Niigata pada 28 Mac.