Sukan

Selepas lima tahun akhirnya kembali ke Liga Malaysia

BEKAS pertahanan PKNS FC, Gonzalo Soto, tidak menyangka masih berpeluang untuk bermain di kancah saingan Liga Malaysia (Liga-M) selepas lima tahun apabila memilih untuk bersama Sarawak United FC.

Malah tonggak pertahanan berusia 32 tahun dari Argentina itu mengakui bahawa tawaran bermain di Liga-M sememangnya satu peluang yang sentiasa dinantikan.

Ujarnya, pengalaman tiga tahun semasa bermain di Liga-M adalah detik terbaik dalam kariernya yang menjadikan dia tidak berfikir panjang untuk kembali ke negara ini.

Walaupun lima tahun telah meninggalkan Malaysia, saya masih ambil tahu perkembangan Liga-M dan sentiasa berharap untuk kembali ke sini pada satu hari nanti.

Apabila Elavarasan hubungi untuk datang kembali ke sini, saya memang tidak menolak peluang yang diberikan kerana saya memang suka suasana di Malaysia.

Tiga musim bersama PKNS, saya tidak boleh lupakan pengalaman manis semasa bermain di final Piala FA 2016 di mana kami tewas tipis kepada JDT dan harap saya boleh peroleh sesuatu yang lebih baik kali ini.

“Saya mendengar banyak perkara menarik mengenai Sarawak yang merupakan sebuah pasukan sedang meningkat naik dan secara jujurnya, saya sangat gembira dapat kembali ke Liga Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, Soto bermain selama tiga musim (2015-2017) di Liga-M bersama PKNS FC sebelum terpaksa diketepikan pada pertengahan tahun 2017 berikutan masalah kec3deraan lutut.

Dia pernah meluahkan hasrat untuk kembali ke Liga-M pada awal 2018 apabila pulih sepenuhnya dari masalah kec3deraan namun tidak mendapat mana-mana tawaran sebelum pulang ke Amerika Selatan untuk beraksi di Ecuador.

Soto turun pada aksi kedua Liga Super yang menyaksikan mereka tewas 0-6 kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum membantu pasukannya meraih kemenangan 7-0 ke atas Ultimate FC pada pusingan pertama Piala FA.

Pasukan ini mempunyai ramai pemain baharu yang saya rasa mungkin mengambil masa untuk kami memahami corak permainan antara satu sama lain.

sumber:- SH

“Saya sendiri baharu dapat mengenali pemain-pemain ketika berdepan JDT, itu pun selepas saya dikuarant!n. Harap dengan masa rehat yang ada sebelum Liga Super kembali bersambung, kami boleh memperbaiki segala kelemahan dan saya percaya potensi yang dimiliki Sarawak United,” katanya.