Sukan

Itu adalah penipu, TMJ turun padang sendiri

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan akan berangkat melawat Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi meninjau keadaan padang stadium berkenaan pada Sabtu ini.

“Saya pergi lusa (Sabtu) ke Stadium Nasional, Bukit Jalil,” kata Tunku Ismail.

Ditanya mengenai pandangan mengenai perancangan untuk menanam rumput jenis ‘Zeon Zoysia’ bagi menggantikan rumput jenis `Cow Grass di stadium berkenaan, Tunku Ismail berkata rumput jenis `Zeon Zoysia’ sudah terbukti tatkala padang itu turut ditanam di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor.

ia sudah terbukti ketahanan rumput jenis `Zeon-Zoysia’ dan tak perlu lagi nak buat buat kajian mengenai rumput berkenaan hanya ikut sahaja.

Orang nak bagi duit terima sahaja lah. Apa yang saya lakukan adalah untuk memberi solusi yang terbaik bagi menyelesaikan masalah rumput di stadium berkenaan.

“Awak bayangkan ada sesiapa di sini yang boleh beritahu saya kos untuk buat padang bola adalah RM7 juta atau RM10 juta, itu adalah penipu. Awak nak tahu kos menaik taraf padang…. .tak sampai RM 1 juta. Kos adalah RM900,000 lebih sahaja.

“Sebab di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sudah ada drainage system (sistem peparitan) dan sebab di stadium itu sudah ada drainage system jadi kos dalam lingkungan RM1.4 juta hingga RM2 juta. Penyelenggaraan pula saya selamatkan duit kerajaan dan duit rakyat yang di khabar kos RM10 juta,” kata Tunku Ismail pada sidang media di ibu pejabat kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Iskandar Puteri, petang tadi.

Pada Sabtu lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan menerima penajaan Tunku Ismail bagi membaik pulih padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil malah beliau memberi jaminan akan memastikan bahawa padang di stadium berkenaan diselia dan dijaga dengan baik.

Tunku Ismail juga mendedahkan penyelenggaraan padang di stadium berkenaan hanya membabitkan kos tidak melebihi RM240,000 setahun dan menegaskan ada beberapa pihak kecewa kerana mendedahkan jumlah kos penyelenggaraan.

Baginda juga memaklumkan rumput di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin yang menjadi gelanggang pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) turut akan diganti dengan rumput `Zeon Zoysia’ selain pusat latihan yang terdapat di Pasir Gudang.

sumber:- HM

“Bagaimanapun untuk saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang membabitkan Kumpulan I, kami tidak sempat untuk menukar rumput di Stadium Larkin dan proses berkenaan hanya akan dilakukan selepas saingan ACL,” kata Tunku Ismail.