Skuad Harimau Malaya menerima dugaan lagi selepas pemain tengah, Nazmi Faiz Mansor terpaksa diketepikan kerana mengalami kec3deraan pangkal paha ketika kem latihan pasukan kebangsaan.

Perkembangan terbaru membabitkan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menyaksikan skuad bimbingan Kim Pan Gon kini kekurangan seorang pemain.

Bagaimanapun pengendali dari Korea Selatan itu berkata, pihaknya tidak akan menggantikan Nazmi dengan pemain lain.

Dukacita dimaklumkan pemain tengah, Nazmi Faiz Mansor, dari Johor Darul Ta’zim mengalami kec3deraan pangkal paha ketika kem latihan pasukan kebangsaan.

“Pengurusan pasukan kebangsaan memutuskan tidak akan memanggil pemain gantian dan sebaliknya meneruskan kem latihan dengan 29 pemain sedia ada buat masa ini,” katanya.

Semalam, striker prolifik Petaling Jaya City FC (PJ City), Darren Lok terpaksa menarik diri daripada kem latihan skuad negara ekoran disahkan p0sitif C0vid-19.

Ketiadaannya memaksa Pan Gon membawa masuk pemain dalam senarai menunggu, Zhafri Yahya yang menunjukkan persembahan mengagumkan sepanjang musim lalu dan permulaan kempen Liga Malaysia musim
ini.

sumber:- HM

Skuad negara ketika ini sedang melakukan persiapan bagi menghadapi tiga aksi persahabatan di Singapura men3ntang Filipina pada 23 Mac ini serta tuan rumah tiga hari kemudian dan Albirex Niigata Singapura (28 Mac).