Striker skuad kebangsaan, Faisal Halim berkata dia dapat merasakan Kim Pan Gon mampu membawa skuad Harimau Malaya ke tahap yang diinginkan.

Tonggak Terengganu FC (TFC) itu berkata, pengendali dari Korea Selatan itu menunjukkan kesungguhan tinggi terutama selepas lebih sejam mengadakan sesi perjumpaan dengan pemain sebelum memulakan latihan pertama skuad kebangsaan, semalam.

Katanya, dia sendiri akan cuba memberikan segala-galanya untuk membantu pasukan kebangsaan yang akan mengharungi tiga aksi persahabatan di Singapura bermula minggu depan.

Pada perjumpaan di hotel (semalam) kita dapat rasa satu kesungguhan daripada jurulatih dan saya boleh katakan dia boleh buat pasukan kita lebih maju dan meletakkan pasukan kita pada satu peringkat yang kita inginkan.

“Pada saya, perubahan taktikal dan corak permainan akan berlaku dan ia terpulang kepada pemain mampu ikut atau tidak,” katanya.

Skuad Harimau Malaya akan mengharungi tiga aksi awal dibawah Pan Gon apabila berdepan Filipina pada 23 Mac ini sebelum men3ntang Singapura (26 Mac) dan Albirex Niigata Singapura (28 Mac) dengan semua aksi itu akan berlangsung di Singapura.

Selain itu, Faisal yang lebih mesra dengan panggilan Mickey enggan melepaskan peluang mewakili skuad Harimau Malaya selepas hanya beraksi satu perlawanan ketika saingan Piala AFF 2020 di Singapura, Disember lalu akibat dijangkit! C0VID-19.

Pertama sekali sudah pasti saya agak kecewa kerana saya pergi ke sana (Piala AFF 2020) hanya bermain satu perlawanan dan perlawanan yang kita tak nak keputusan itu sebenarnya.

sumber:- BH

“Tapi apakan daya, takdir kita. Ini bola sepak, saya percaya kepada rezeki. Ini adalah peluang kedua saya bersama skuad negara, mungkin ini orang kata peluang yang terbaik untuk saya bersama jurulatih yang baru datang,” katanya.