Sukan

Tiada niat pun

Bukan jaringan besar yang menjadi agenda utama Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas memb3lasah BRM FC 10-0 pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Sebaliknya, pengendali JDT, Benjamin Mora menegaskan sebelum aksi men3ntang kelab dari Kuala Kangsar itu, beliau berpesan kepada pemain untuk tampil dengan corak permainan agresif dan tersusun malah perlu konsisten sepanjang 90 minit perlawanan tanpa melakukan kesilapan.

Katanya, perancangan itu penting bagi memastikan JDT tidak terperangkap dengan corak permainan lawan yang mungkin akan tampil mantap dan langkah untuk mengasak ke kubu lawan dan bertindak pantas menjaringkan gol adalah tepat.

Apa yang paling sukar adalah mengekalkan arahan dan formasi permainan kerana dalam kegirangan menjaringkan gol, kemungkinan pemain akan mudah leka kerana terlalu selesa dan sebab itu pemain JDT tahu mereka tidak boleh lakukan kesilapan.

Cara JDT adalah kami tidak akan berhenti sehingga tamat perlawanan dan itulah cara permainan kami malah kami tampil ibarat berdepan dengan pasukan terbaik kerana pemain JDT berlawan diri sendiri untuk memberi persembahan yang mantap.

“Apapun, saya memuji penampilan BRM FC yang cuba beri saingan terhadap JDT dan bermain secara positif dengan mengamal corak permainan terbuka tanpa beraksi secara bertahan, malah mereka juga menggunakan posisi sayap kiri dan kanan untuk mengasak kubu JDT,” katanya.

Mora juga memuji tindakan pantas penjaga gol, Haziq Nadzli yang berjaya menyelamat sepakan penalti Mohd Fitri Omar bagi mengelak gawang JDT dibolosi dan menganggap pemain itu begitu cekap untuk menafikan sepakan penalti lawan.

Beliau juga berpuas hati dengan penampilan pertama Daryl Sham George yang berusia 18 tahun apabila tidak kekok beraksi bersama JDT malah mampu menjaringkan gol.

Sementara itu pengendali BRM FC, Ahmad Fairuz Mohd Yunos tidak menganggap kekalahan besar itu menjatuhkan moral pemainnya sebaliknya beliau menegaskan barisan pemain yang 90 peratus tidak pernah beraksi men3ntang kelab profesional meraih pengalaman berguna.

Apa yang dimalukan. Kami tewas kepada pasukan yang hebat di negara ini. Malah sebelum beraksi dalam perlawanan itu beberapa rakan saya mencadangkan untuk kami beraksi secara bertahan tapi saya enggan mengamal corak permainan itu.

sumber:- HM

“Kami tampil dengan permainan terbuka dan sekurang-kurangnya pemain belajar bagaimana untuk meny3rang dan bertahan secara berpasukan tapi JDT terlalu kuat dan bijak mengambil kesempatan daripada kesilapan kami,” kata Ahmad Fairuz.