Sukan

Terkejut jaringan JDT

PENGENDALI BRM FC, Ahmad Fairuz Mohd Yunus menyifatkan gol seawal minit kedua menjadi faktor utama yang ‘meny3ntak’ semangat skuad kendaliannya ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pusingan pertama Piala FA 2022 di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad.

Menurutnya, gol berkenaan nyata mengejutkan kesebelasan pemain yang menyasarkan untuk tidak dibolosi dengan dengan banyak pada separuh masa pertama, namun akhirnya menyaksikan skuad Liga-M3 itu tewas 0-10 kepada JDT.

Kita terkejut kena gol awal, kerana sasaran kita mungkin pada separuh masa pertama hanya bolos dua atau tiga gol, tetapi apa yang dirancang tidak menjadi.

Saya juga ada bertanya pendapat rakan-rakan dan majoriti mengatakan bermain dengan cara ‘parking bas,’ tetapi akhirnya kita tidak berbuat demikian kerana kita mahu ‘enjoy’ perlawanan ini dan jadikan ia sebagai satu pendedahan bermakna kepada pasukan kita.

“Selain itu, kita juga kecewa apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain dan gagal jaringkan penalti, tetapi apa pun secara keseluruhannya kita akur dengan kekalahan ini,” katanya setelah tamat perlawanan.

Pada perlawanan berkenaan pemain import JDT, Fernando Martin Forestieri meledak hattrik pada minit ke-2, min-24 dan min-42, Safiq Rahim (min-7), Safawi Rashid (min-19), Mauricio Dos Santos (min-56), Moussa Sidibe (min-70), Daryl Sham K.K George (min-82), Mohamadou Sumareh (min-89) dan Muhammad Daniel Amier Norhishamn (min-90+3).

BRM FC berpeluang untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan apabila menerima sepakan penalti setelah Mauricio Dos Santos mengasari Mohamad Shamil Zulkafli pada masa kec3deraan.

sumber:- SH

Bagaimanapun sepakan penalti pemain gantian, Mohd Fitri Omar berjaya diselamatkan penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli.