Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengambil pendekatan berwaspada apabila men3ntang BRM FC pada aksi pusingan pertama kalah mat! saingan Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Menurutnya, setiap perlawanan yang ditempuhi tidak pernah di pandang mudah termasuk berdepan pasukan Liga M3 dari Kuala Kangsar, Perak itu.

BRM FC pastinya tidak kisah sama ada menang atau kalah dan bagi mereka tiada apa yang merugikan namun bagi JDT ia tetap perlawanan yang perlu dirancang rapi bagi mengelak kami terperangkap dengan helah mereka.

“Kami tidak rela untuk tewas dan perlu tampil bertenaga dalam perlawanan itu dan pemain harus komited bagi mengelak berlaku tambahan masa atau sepakan penalti,” katanya.

Mora menegaskan akan memberi peluang buat beberapa pemain simpanan untuk beraksi pada perlawanan itu nanti kerana pemain utama perlukan rehat selepas mengharungi dua perlawanan yang berintensiti tinggi.

Ditanya apa akan berlaku seandainya JDT memberi ruang buat BRM FC menjaringkan gol selepas dua aksi liga pasukan itu belum lagi dibolosi, pengendali kelahiran Mexico itu enggan membuat sebarang andaian sebaliknya mahu memberi tumpuan persediaan menghadapi BRM FC.

sumber:- BH

“Apabila gol kami dibolosi ia adalah asam garam dalam permainan bola sepak tapi sudah tentu kami enggan membiarkan pasukan lawan jaring gol,” kata Mora.