Sukan

Adi ingin berguru di bawah Kim Pan Gon

Walaupun bakal bersaing dengan tiga lagi rakan seposisinya yang lebih berpengalaman dalam skuad kebangsaan, penjaga gol muda Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim tetap idam untuk berada dalam barisan pemain skuad Harimau Malaya.

Pemain berketinggian 1.92 meter itu berkata, keinginan untuk berguru dengan barisan kejurulatihan baharu skuad Harimau Malaya yang diketuai jurulatih kelahiran Korea Selatan, Kim Pan Gon menambah lagi impiannya untuk membvru slot berkenaan.

Tambah pemain kelahiran Setiu yang lebih mesra dipanggil ‘Adi’, impian untuk membuat penampilan pertama bersama skuad senior kebangsaan menguatkan lagi keazamannya untuk membvru slot itu.

Bagaimanapun anak seorang pemandu bot pelancong di Pulau Redang berusia 21 tahun itu sedar bukan mudah untuknya bersaing dengan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias, Khairulazhan Khalid (Selangor FC) dan penjaga gol Petaling Jaya City FC (PJ City FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi yang sudah membuat penampilan bersama skuad kebangsaan sebelum ini.

Selepas nama diumumkan dalam kem latihan skuad kebangsaan semalam, perkara pertama ialah untuk memperagakan aksi terbaik bagi memastikan terpilih dalam senarai terakhir skuad negara.

Kedua adalah untuk berguru dengan barisan kejurulatihan negara dan ketiga saya impikan untuk membuat penampilan pertama bersama skuad Harimau Malaya selepas beberapa kali terlepas peluang kerana masalah tertentu.

“Saya meletakkan harapan yang tinggi panggilan kali ini tidak mengecewakan saya, keluarga dan juga peminat, pihak pengurusan serta barisan kejurulatihan yang sentiasa memberikan sokongan padu, lagipun ini peluang yang ditunggu-tunggu,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini bekas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Telaga Papan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penarik, Setiu itu pernah dua kali dipanggil dalam kem skuad senior kebangsaan selain skuad Bawah 23 Tahun (B-23), kebangsaan, namun faktor kecederaan dan masalah lain termasuk pand3mik C0vid-19 menyebabkan dia gagal membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan.

Selain penjaga gol meningkat naik itu, turut disenaraikan dalam kem latihan skuad Harimau Malaya dua pemain sayap skuad Penyu, Faisal Halim dan Hakimi Abdullah.

Mengulas penundaan dua perlawanan awal yang melibatkan pasukannya, Adi akui kecewa kerana dia sudah lebih setahun menanti untuk beraksi dalam saingan Liga Super.

sumber:- HM

“Musim lalu saya mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan terpaksa berehat hampir semusim, kini perlawanan ditunda, sudah tentu mengecewakan saya dan juga rakan sepasukan, tapi kami tetap positif menerima ujian itu,” katanya.