Sukan

Zii Jia tenang ke suku akhir

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mengesahkan tiket ke peringkat suku akhir Kejuaraan Badminton Terbuka Jerman selepas menewaskan pemain Perancis, Christo Popov dalam perlawanan di Westenergie Sporthalle, Mülheim pada Khamis.

Bagaimanapun pemain nombor tujuh dunia itu seperti sebelum ini dipaksa bermandi peluh selama 61 minit sebelum dapat menjinakkan pemain ranking 62 dunia berusia 20 tahun itu 21-13, 18-21, 21-12 dalam aksi pusingan kedua.

Zii Jia yang merupakan pilihan kelapan kejuaraan itu sebelum ini dipaksa beraksi sehingga ke set penentuan ketika berdepan pemain dari Belanda, Mark Caljouw di pusingan ke-32, yang menyaksikan juara Seluruh England 2021 tersebut tunduk mengalah pada set pertama 19-21.

sumber:- SH

Biarpun begitu pemain kelahiran Alor Setar tersebut kembali memperkemaskan pemain sebelum bangkit untuk dua set berikutnya dengan kemenangan 21-13, 21-18 dalam masa 52 minit untuk mengatasi pemain nombor 56 dunia tersebut.