Sukan

Memang bersama pasukan terbaik tapi tiada ruang terbaik

SYAFIQ Ahmad perlu terus konsisten merebut tempat kesebelasan utama dalam pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi meningkatkan lagi sentuhannya sebagai penyerang Sang Kenari dan skuad kebangsaan.

Menurut pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak, beliau berbesar hati membantu meningkatkan lagi kebolehan pemain yang berpotensi besar itu.

Betul dia bersama pasukan terbaik (Johor Darul Ta’zim) sebelum ini tapi dia tidak mempunyai ruang terbaik untuk beraksi. (Kemudian) dia mahu beraksi bersama Kedah (musim 2022).

“Saya berbesar hati untuk membantu dia menjadi seorang pemain dan penyerang lebih baik untuk pasukan Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada Rabu.

Aidil Sharin berkata, selepas mengetahui hasrat pemain berusia 26 tahun itu mahu kembali bergabung bersama Sang Kenari, pihaknya tidak mahu mensia-siakan peluang berkenaan sebelum JDT membenarkan Syafiq dipinjam selama satu musim ke Darul Aman.

Kita berharap dia akan mendapat lebih ruang dan meningkatkan lagi konsisten bersama pasukan.

“Pemain ini perlu terus diberikan sokongan pada sesi latihan dan juga perlawanan sebenar,” ujarnya.

Pada Rabu, Naib Juara Liga Super musim lalu itu diberikan cabaran sengit oleh Kuala Lumpur City FC sebelum menang 3-2 pada aksi kedua Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman.

Syafiq memberikan kelegaan kepada penyokong tuan rumah apabila menanduk gol menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-32 selepas terdahulu dikejutkan jaringan pembukaan pasukan pelawat menerusi Zhafri Yahya pada minit ke-28.

KDA FC menambah dua lagi jaringan dalam tempoh dua minit menerusi Fayadh Zulkifli pada minit ke-68 dan Dennis Buschening pada minit ke-69 untuk meletakkan tuan rumah 3-1 di hadapan.

sumber:- SH

The City Boys kemudiannya merapatkan kedudukan 3-2 menerusi menerusi Kevin Koubemba pada minit ke-87 dan keputusan tersebut kekal ke wisel penamat.