Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd menyifatkan jadual perlawanan pasukan itu yang disediakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berat sebelah.
Ketua Operasinya, Mohd Sabri Abas berkata TFC terpaksa beraksi tiga perlawanan berturut-turut di tempat lawan pada bulan Ramadan sebelum kembali beraksi di tempat sendiri pada 22 April.
Kita lihat jadual perlawanan itu tidak adil bagi TFC, tambahan pula tiga aksi terakhir liga juga TFC terpaksa bermain di gelanggang lawan yang sudah tentu boleh memberi kesan dan mempengaruhi pasukan serta prestasi pemain.
Jadi, kami sudah membuat bantahan kepada MFL dan surat sudah dihantar pada 8 Februari lalu memohon untuk mengubah kembali jadual perlawanan itu.
“Bagaimanapun sehingga kini pihak kami belum menerima sebarang maklum balas daripada MFL dan mengharapkan bantahan itu diterima lebih-lebih lagi bulan puasa semakin hampir,” katanya.
Sementara itu, Sabri mengakui pihaknya juga kecewa dengan pembatalan aksi Liga Super pertemuan Terengganu FC (TFC) men3ntang Negeri Sembilan FC (NSFC) yang dijadualkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, malam esok.
Turut ditunda pertemuan pusingan pertama saingan Piala FA juga men3ntang NSFC pada Ahad ini di stadium sama.
Pemain bagaikan tidak sabar untuk turun beraksi selepas persediaan rapi dilakukan dan selepas aksi pertama men3ntang Sri Pahang FC juga dibatalkan.
Namun, kami akur dengan pembatalan itu kerana perkara ini boleh terjadi kepada mana-mana pasukan tanpa diduga.
sumber:- BH
“Jadi, kami bersimpati dengan ujian yang menimpa pemain NSFC dan mengharapkan mereka segera sembuh,” katanya.