Kualiti pengadilan Liga Malaysia (Liga M) masih di tahap rendah dan oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa isu melengah-lengahkan perlawanan dibangkitkan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menurut bekas pemain kebangsaan, Datuk M Karathu, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Tunku Ismail itu yang berang dengan sikap pemain Penang FC apabila melengahkan-lengahkan permainan hampir setengah jam.
Jelasnya, pengadil tempatan perlu dididik dan didedahkan dengan aksi luar negara terutama bagaimana seseorang pengadil mengendalikan perlawanan.
Kalau di luar negara, pengadil mereka ada kualiti dan mutu yang ditunjukkan cukup tinggi. Pengadil kita kena selalu ditunjukkan perlawanan-perlawanan luar negara supaya mereka boleh belajar dan ikut.
Kalau melambat-lambatkan permainan lagi lima atau empat minit sebelum tamat, saya fikir itu perkara biasa dalam bola sepak, malah sejak dulu lagi begitu.
Tapi kalau ada masa banyak, ada 30 minit atau 20 minit lagi, saya fikir pengadil boleh guna budi bicara untuk menambah masa. Keadaan itu tidak baik untuk bola sepak dan ia juga merosakkan keseronokan dalam sukan bola sepak.
“Sepatutnya ia tidak boleh jadi begitu, di sinilah kualiti pengadil dilihat dan kena adil buat pasukan yang tidak mengamalkan corak permainan lambat sebegitu,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Semalam, menerusi laporan akhbar ini, Tunku Ismail mengkritik gaya permainan anak buah Tomas Trucha yang melengah-lengahkan aksi, apabila statistik perlawanan menunjukkan JDT hanya bermain selama 46 minit daripada 90 waktu sebenar, dengan baki 44 minit lagi dibuang begitu saja.
Katanya, jurulatih perlu mengajar sikap yang betul kepada pemain.
“Jurulatih kena terapkan falsafah yang betul. Pemain hanya ikut arahan, tetapi jurulatih yang bertanggungjawab.
sumber:- HM
“Apa yang disuarakan Tunku Ismail saya setuju dan pengadil kita kena bijak dan berani buat keputusan mengikut keadaan semasa perlawanan,” katanya.