Sukan

Bakal berdepan pengharaman kemasukan penyokong ke stadium

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengutuk sekeras-kerasnya budaya samseng bola sepak atau ‘h0oligan’ yang dilihat kembali menular dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam melahirkan rasa kesal dengan insid3n pergadvhan sesama penyokong yang berlaku di luar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Jumaat lalu.

Jelas Stuart, perbuatan tidak bermoral itu memberikan kesan buruk kepada industri Liga M yang sedang berusaha keras untuk mendapatkan kelonggaran daripada pihak kerajaan dalam C0vid-19 ini.

Pertama, saya mewakili MFL ingin merakamkan ucapan simpati kepada m@ngsa-m@ngsa dalam insid3n pergadvhan selepas aksi Kuala Lumpur City FC dan Selangor FC yang saya difahamkan ada di antara mereka mengalami kec3deraan akibat mercvn dan lain-lain di mana sudah jelas ini satu perbuatan yang tidak bermoral.

Stadium sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk beriadah, bersantai dan menikmati sukan bola sepak, bukannya menjadi satu pusat pergaduhan sesama sendiri.

“Kita tidak mahu disebabkan perbuatan kelompok kecil ini, golongan lain menanggung akibat sekali gus menyukarkan usaha semua pihak di dalam industri bola sepak untuk mendapatkan kelonggaran khusus daripada pihak kerajaan. Jadi MFL mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sams3ng bola sepak ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur City FC (KL City), Stanley Bernard dan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berhubung insid3n itu.

Katanya, MFL masih menunggu laporan lengkap daripada pihak berkuasa dan berharap kejadian seperti ini tidak akan berulang kembali.

Saya sudah mengadakan perbincangan dengan Stanley dan Dr Johan di mana mereka sendiri cukup kesal dengan apa yang berlaku sehingga menyebabkan ada yang terc3dera disebabkan pergadvhan ini.

Bukan sahaja KL City dan Selangor tetapi kesemua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia menolak keras budaya samseng di dalam bola sepak kerana itu bukan budaya kita.

Ini kerana kita semua senada dalam perkara ini dan saya berharap industri bola sepak di negara ini dapat bebas daripada daripada budaya samseng bola sepak.

“Paling mustahak kita mesti memastikan stadium selamat untuk semua peminat dan tidak membiarkan tindakan segelintir itu membahayakan kanak-kanak dan orang dewasa demi keselamatan dan persekitaran yang selesa diperlukan untuk semua penyokong,” katanya.

Semalam, menerusi laporan Arena Metro, budaya samseng bola sepak dilihat kembali mengancam kempen liga tempatan selepas menyaksikan pergadvhan antara penyokong KL City dan Selangor di Cheras itu.

Malah, insid3n berkenaan sebenarnya adalah yang kedua dalam tempoh seminggu selepas pada minggu lalu atau lebih tepat pada 27 Februari menyaksikan berlaku kekecohan penyokong di luar Stadium Sultan Ibrahim ketika aksi Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim dan KL City.

Mengulas lanjut situasi itu, pemerhati bola sepak tempatan Dr Pekan Ramli mahu pihak berwajib termasuk penganjur MFL dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius isu keg@nasan bola sepak atau budaya hooligan ini.

sumber:- HM

Ia termasuk mengharamkan kemasukan penyokong ke stadium yang ditangkap oleh pihak berkuasa akibat kekecohan itu.