Pengendali Penang FC, Tomas Trucha menafikan pemainnya sengaja melewatkan permainan apabila kerap terbaring di padang yang mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Trucha menegaskan apa yang berlaku terhadap pemainnya sepanjang 90 minit sehingga mereka kerap terbaring di padang adalah faktor kecergasan yang jelas belum berada di tahap memuaskan malah ada ketika pemain tampak keletihan.

Malah katanya, pengendali JDT, Benjamin Mora mengeluh dengan corak permainan pemain Penang FC yang kerap kali terbaring di padang dan mengamalkan corak permainan kompak di posisi pertahanan tapi itu bukan disengajakan.

Mungkin juga pemain saya tidak bersedia dari aspek kecergasan dan ia permulaan saingan liga , sudah tentu rentak permainan yang berintensiti tinggi masih ada di kalangan pemain dan sebab itu mereka terbaring di padang.

Bukan mudah untuk menentang JDT dengan corak permainan pantas mereka, pemain saya belum mampu untuk mengejar setiap pemain lawan yang begitu rakus memberi tekanan terhadap benteng kami tapi itu bukan alasan kami sengaja mahu memperlahankan rentak permainan.

“Aksi babak pertama kami mampu beri tekanan kepada JDT dan bertindak melakukan s3rang balas malah Abdul Azim (Rahim) ada peluang mencipta gol tapi gagal namun pada babak kedua pemain saya terlalu berada di bawah dan memberi ruang buat JDT menjaringkan gol,” katanya.

Pengendali kelahiran Republik Chez itu berkata, sasaran aksi pertama men3ntang skuad kendalian Benjamin Mora untuk membawa pulang satu mata sama ada seri 0-0 atau 1-1 tapi hanya sedikit kelekaan di posisi pertahanan membolehkan JDT menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Beliau juga menambah tanpa kelibat dua tonggak utamanya, Casagrande dan Endrick dos Santos yang di gantung oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjejaskan perancangan taktikal untuk berdepan JDT.

sumber:- HM

Ia ibarat JDT kehilangan Bergson dan Forestieri sudah tentu mereka pincang di barisan serangan dan begitulah berlaku kepada kami apabila dua pemain utama yang sepatutnya berada dalam perlawanan itu tidak dapat diturunkan akibat penggantungan.