Sukan

Jangan Rosakkan keindahan Bola Sepak — Mora

Walaupun menang 1-0 menewaskan Penang FC pada aksi Liga Super namun pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora tampak kurang gemar dengan penampilan pasukan itu yang mengamalkan corak ‘berkampung’ di kawasan sendiri dan sering terbaring di padang.

Mora berkata, beliau agak sedih dengan penampilan skuad kendalian Tomas Trucha yang sepatutnya mengamalkan corak permainan bola sepak yang terbuka dan bukannya melihat pemain lawan kerap terbaring di padang selain mempratikkan permainan parkir bas.

Sebagai pemain profesional beraksi di liga profesional, bukan sahaja JDT malah semua pasukan dalam liga utama negara ini harus tampil dengan corak permainan terbuka dan menghiburkan dan dari situ bola sepak Malaysia akan berkembang.

Bukannya kerap melambatkan permainan dengan sering terbaring di padang dan mengamalkan corak permainan bertahan dan anda sendiri lihat sekurang-kurangnya lapan dan sembilan pemain Penang FC berada di kawasan kotak penalti.

“Jika ingin bermain secara bertahan tiada masalah, sebaliknya perlulah membuat serangan balas dan bermain secara terbuka dan itu adalah strategi taktikal tapi sepanjang 90 minit kami tidak bermain bola sepak yang sepatutnya,” katanya.

sumber:- HM