Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora, kecewa dengan pendekatan bertahan Penang FC ketika pasukannya menang tipis 1-0 dalam perlawanan pertama Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.

Harimau Kumbang bimbingan Thomas Trucha memilih untuk beraksi bertahan sepanjang 90 minit dan ia dilihat menjadi punca JDT tidak dapat merencanakan gerakan menarik dan hanya beberapa kali dapat mengancam kubu pelawat, antaranya menerusi percubaan peny3rang import baru, Fernando Forestieri, dalam babak pertama dan percubaan jarak jauh Nazmi Faiz Mansor dalam separuh masa berikutnya.

Mujur ayam tambatan, Bergson da Silva, berhasil menemui lintangan Syahmi Safari untuk menanduk masuk gol kemenangan Harimau Selatan pada minit ke-70.

“(Ia t3ntang) integriti bermain bola sepak,” katanya seperti yang dipetik Astro Arena.”Jika anda mahu beraksi bertahan, tidak mengapa. Jika anda mahu bermain s3rangan balas, duduk di bawah, atau apa sahaja strategi anda, ia tidak mengapa.

Ia sempurna.”Tetapi ia membuatkan kami tidak dapat bermain bola sepak, ia amat sukar.
Ia menjadi amat mengecewakan, amat sukar untuk bermain baik dengan rentak sewaktu perlawanan seperti itu.

“Itulah yang berlaku hari ini dan apa yang penting adalah tiga mata.”Kebencian untuk untuk melihat JDT tewas lebih besar daripada keinginan untuk bermain bola sepak dan kecintaan terhadap sukan ini. Ia amat luar biasa.

sumber:- SA

“Tetapi kami adalah JDT dan kami sedar bahawa ini adalah kedudukan kami.
“Saya bukannya mengkr!tik sesiapa, saya hanya berkata yang kami mahu bermain dengan lebih banyak,” katanya.