Sukan

Belum masanya lagi Kedah bincang

Objektif pertama Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk meraih tiga mata pertama sudah tercapai di Kuching sekali gus tumpuan akan diteruskan untuk memburu kemenangan kedua pula selepas ini.

Justeru, pengendali skuad Kenari, Aidil Sharin Sahak menegaskan belum masanya untuk membincangkan mengenai peluang anak buahnya pada musim ini terutama selepas memasuki musim 2022 dengan status sebagai naib juara Liga Super.

Katanya, barisan pemainnya perlu terus bekerja keras bagi memastikan mereka terus mengutip seberapa banyak mungkin mata yang ditawarkan apatah lagi setiap perlawanan akan menghidangkan saingan yang sengit buat mereka.

Awal lagi untuk bercakap mengenai peluang dan posisi pasukan. Kita kena tunggu sehingga pertengahan musim dan selepas itu barulah kita boleh bercakap mengenai kedudukan.

Memang kita mengutip tiga mata yang sangat penting. Cuma bagi musim lalu dan musim sebelumnya, kita tidak dapat mengutip mata men3ntang JDT. Namun kita masih berada di kedudukan kedua.

“Apa yang lebih penting adalah kita fokus satu perlawanan demi satu perlawanan dan turun dengan mentaliti kemenangan,” kata jurulatih dari Singapura itu.

Pada aksi di Stadium Negeri kelmarin, Kedah membuka kempen musim ini dengan kemenangan 1-0 ke atas Sarawak hasil jaringan striker import baharu mereka, Ronald Ngah.

Namun, impian mereka mengutip mata penuh hampir diranapkan pada minit akhir apabila percubaan pemain The Crocs, Boris Kok terkena palang.

Sementara itu, pengendali Sarawak, B Satiananthan menyifatkan aksi anak buahnya adalah di luar jangkaan sekalipun tewas pada penampilan sulung pasukan itu dalam kancah Liga Super.

Saya nampak pasukan yang baru dibentuk ini memang berbeza berbanding tahun lalu. Pemain begitu bersemangat dan tidak mahu berputus asa tetapi kita tetap perlu perbaiki beberapa kesilapan yang dilakukan hari ini (kelmarin).

Francis Kone memiliki banyak peluang tetapi kita kena faham yang dia dan Boris baru bersama pasukan. Tahap kecergasannya tidak seperti yang kita harapkan, jadi tendangan dan tandukannya tidak tepat.

sumber:- BH

“Jadi kita akan tingkatkan tahap kecergasannya sepertimana yang kita mahukan,” katanya.