Tiada lagi pasukan yang disahkan p0sitif C0vid-19 dikira kalah dan memberi kemenangan percuma buat pasukan lawan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam menegaskan, pihaknya sudah membuat pindaan Peraturan Perlawanan Tertunda C0vid-19 di mana penangguhan aksi akibat C0vid-19 hanya dibenarkan jika hampir separuh pasukan dijangkit! virvs itu.

Ujarnya, pengurusan pasukan perlu mengemukakan dokumen antaranya bukti keputusan ujian dan status MySejahtera serta surat pengesahan daripada doktor pasukan.

“Saya juga ingin memaklumkan bahawa kita sudah membuat pindaan Peraturan Perlawanan Tertunda C0vid-19. Mungkin sebelum ini kebanyakan pihak masih melihat peraturan lama dalam kempen Piala Malaysia 2021 iaitu pasukan akan dikira kalah jika mana-mana pemain didapati positif C0vid-19.

Ketika itu, jadual Piala Malaysia 2021 berperang dengan masa dan tambahan lagi, kewujudan dos penggalak tidak lagi berlaku.

Tetapi dengan adanya dos penggalak serta lengkap vaks!nasi, pindaan Peraturan Perlawanan Tertunda kini mengikut SOP yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

“Justeru, SOP terbaharu MFL adalah kelab hanya layak untuk memohon penangguhan perlawanan sekiranya 50 peratus atau lebih dari jumlah pendaftaran skuad utama bagi pegawai dan pemain yang layak didaftarkan pada hari perlawanan dijangk!ti C0vid-19 atau kontak rapat bergejala.

“Untuk permohonan penangguhan ini, kelab perlu mengemukakan dokumen antaranya bukti keputusan ujian dan status MySejahtera serta surat pengesahan daripada doktor pasukan,” katanya.

Tambah Stuart lagi, jika isu itu masih berlanjutan maka ia akan dirujuk kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk menentukan tindakan susulan.

sumber:- HM

“Bagaimanapun, sekiranya penundaan perlawanan yang berlanjutan sehingga menjejaskan penjadualan perlawanan liga dan kalendar pertandingan MFL secara keseluruhannya, maka sebarang keputusan dan tindakan adalah tertakluk kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL,” katanya.