Striker Terengganu FC (TFC), Kpah Sherman bertekad untuk membuka ‘akaun’ jaringan pertamanya bersama skuad baharunya itu musim ini.

Dia yang bakal bergandingan dengan sahabatnya, Kipre Tchetche ketika bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), selama dua musim sebelum ini bagaikan tidak sabar untuk membantu skuad Penyu men3ntang Sri Pahang FC pada aksi pertama Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam esok.

Bagaimanapun striker kebangsaan kelahiran Liberia berusia 30 itu akui bukan tugas mudah untuk mer0bek kubu skuad Tok Gajah yang dikawal penjaga gol kebangsaan Mali, Mamadou Samassa.

Saya tiada tekanan, sebagai striker sudah pasti tugas saya ialah menjaringkan gol untuk membantu pasukan merakam kemenangan, tapi terus-terang saya katakan lawan pasukan yang bagus, saya kenal pemain mereka.

Jurulatih mereka juga bagus, jadi pertemuan pertama dengan Sri Pahang FC pada malam esok bukan mudah, tapi saya berikrar untuk mel3dak seberapa banyak jaringan sebagai penawar seorang striker.

Lagipun kombinasi saya dengan Tchetche baik dan tidak ada masalah mengenai keserasian dan persefahaman kerana sudah dua musim bersama, begitu juga dengan pemain tempatan walaupun baharu bersama, harap tiga mata dapat diraih.

“Saya juga berazam untuk membvru penjaring terbanyak musim ini lebih-lebih lagi skuad kami bagaikan satu keluarga besar saling faham memahami lebih-lebih kami bermula dengan baik dalam aksi pemanas badan,” katanya ketika ditemui ketika sesi latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.

Mengulas lanjut, Sherman menjelaskan dia mahu menjulang sekurang-kurangnya satu trofi kejuaraan musim ini selain membantu pasukan layak beraksi di pentas Piala AFC sebagaimana ketika membantu KDA FC musim lalu.

Ya saya mahu menang piala bersama TFC musim ini, ini azam saya walaupun ia tanggungjawab yang besar perlu kami pikul,” kata pemain yang pernah beraksi dengan 14 kelab lain sebelum ini.

sumber:- HM

Sepanjang dua musim bersama KDA FC pada 2020 dan 2021, striker berketinggian 1.83 meter itu mel3dak 19 gol sepanjang 28 penampilannya bersama skuad Lang Merah itu.