Sukan

Ifedayo Olusegun segera tunjuk belang

Berapa gol Melaka United mahu? Tiada yang didambakan Melaka United FC apabila berjaya mengikat penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Ifedayo Olusegun yang akan memperkuat jentera s3rangan mereka bagi musim 2022.

Skuad Hang Tuah pasti mengharapkan bekas pengg3mpur Selangor FC itu dapat mengulangi prestasi cemerlangnya apabila meledak 26 gol dalam kancah Liga Super musim lalu.

Dengan 26 gol terbabit, pengg3mpur kelahiran Nigeria itu menjaringkan lebih satu gol berbanding Melaka United yang sekadar menemui s@saran sebanyak 25 kali sepanjang musim lalu.

Sudah pasti harapan tinggi disandarkan khususnya oleh pengendali pasukan, Risto Vidakovic supaya jaringan Ifedayo akan terus ‘mengalir’ buat pasukan itu bagi musim ini.

Misi Ifedayo mempertahankan gelaran penjaring terbanyak Liga Super untuk musim ketiga berturut-turut bermula malam ini dengan PJ City FC menjadi prospek sebagai ‘m@ngsa’ pertamanya.

Ifedayo boleh dianggap sebagai ‘mimpi ng3ri’ skuad Phoenix memandangkan peny3rang berusia 31 tahun itu sentiasa menemui jalan untuk men3mbusi gol PJ City FC.

Sejak kembali ke kancah domestik pada 2019 dan menyertai skuad The Red Giants, Ifedayo sentiasa meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila bertemu PJ City FC.

Pada 2019, dia mel3dak satu gol selain menjaringkan tiga gol dalam dua pertemuan pada musim lalu sekali gus membuktikan PJ City FC menjadi antara pasukan ‘kegemaran’ Ifedayo dalam Liga Super.

Justeru, barisan pertahanan skuad bimbingan P Maniam itu tampak perlu ‘bekerja lebih masa’ sekiranya tidak mahu Ifedayo terus menjadikan mereka sebagai sasaran statistik jaringannya bagi musim ini.

Namun skuad yang dibarisi sepenuhnya anak tempatan dengan motto Yakini Lokal itu tidak boleh dipandang enteng kerana mereka membuktikan mampu kekal di Liga Super sekalipun tanpa bantuan pemain import.

Mengharungi musim kedua dengan kudrat anak tempatan, semangat sama pasti dituntut Maniam bagi memastikan barisan pemainnya dapat memberi saingan dalam misi utama mengelak daripada penyingkiran ke Liga Perdana.

Cuma positifnya, mereka berjaya mengikat Melaka United dalam tiga pertembungan terakhir sekali gus menyaksikan aksi ini mungkin 50/50 buat kedua-dua pasukan.

sumber:- BH

Pertembungan anak tempatan men3ntang pasukan serba lengkap – semangat siapa yang lebih jitu dan usaha siapa yang lebih keras untuk memburu tiga mata pertama?