Sukan

Bojan Hodak buat sedikit perubahan berbanding lawan JDT

(KL) City FC akan memberi peluang kepada striker import baharunya dari Congo, Kevin Koubemba dan pemain pertahanan, Declan Lambert pada perlawanan pertama Liga Malaysia (Liga-M) di laman sendiri men3ntang Selangor di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Pengendali KL City, Bojan Hodak berkata, beliau percaya kedua-dua pemain itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana liga di Malaysia dan percaya mereka mampu beraksi lebih baik berbanding perlawanan men3ntang JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu lalu.

Dia (Koubemba) kebanyakannya bermain di posisi sayap kanan, namun dia masih boleh bermain sebagai striker sekiranya kami tidak mempunyai Romel Morales

Dia sedang bekerja keras, dan saya tahu ia bukan mudah, namun dia sedang belajar untuk menyesuaikan diri. Untuk Declan pula, dia sama seperti Koubemba masih belajar t3ntang Liga-M. Mungkin dia terlalu kagum pada perlawanan pertama, namun saya fikir dia akan menyesuaikan diri.

“Ini kerana dia mempunyai kualiti dan berjaya membuktikannya pada setiap perlawanan yang disertainya. Saya percaya dia akan menjadi lebih baik,” katanya.

Untuk rekod, Declan adalah adik kembar Ryan yang telah bersama KL City sejak 2021 dan bermain sebagai pemain tengah serta merupakan pemain warisan.

Dalam pada itu, Hodak berkata, beliau berkemungkinan akan membuat sedikit perubahan pada kesebelasan utama yang sama ketika men3ntang JDT tempoh hari pada aksi men3ntang Selangor malam ini.

Menurut beliau, ini kerana pasukannya ketika ini masih menilai tahap kec3deraan yang dialami oleh Declan dan Kenny Pallraj pada aksi Sumbangsih minggu lalu sebelum memutuskan sama ada mereka boleh bermain atau tidak.

Saya sentiasa ada kesebelasan utama dan pemain yang akan diturunkan pada setiap perlawanan.

sumber:- SH

“Mungkin perlawanan men3ntang Selangor akan ada sedikit perubahan memandangkan kecederaan yang dialami Kenny dan Declan masih perlu dilihat semula. Jadi kita akan tunggu dan lihat keputusan mereka barulah boleh tentukan sama ada mereka cergas untuk diturunkan atau tidak,” katanya.