Sukan

Seperti biasa dilabel pasukan pilihan cabar JDT

Pengendali Selangor FC, Michael Feichtenbeiner yakin anak buahnya mampu meraih keputusan positif dia aksi pertama Liga Super musim ini apabila berkunjung ke gelanggang Kuala Lumpur City FC (KL City) Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, esok.

Jelas jurulatih dari Jerman itu, pemainnya menunjukkan peningkatan sepanjang aksi pramusim yang berlangsung sejak Januari lalu dan beliau yakin skuad kendaliannya sudah bersedia untuk memulakan kempen musim ini.

Katanya, pemain lama dan baharu dilihat semakin serasi dan ia perkembangan yang baik buat pasukan.
Perlawanan persahabatan adalah sebahagian daripada latihan, dan penting untuk mendapatkan pemain baharu untuk dapatkan keserasian dan menyesuaikan diri dengan sistem kami, memandangkan barisan pertahanan kami secara amnya adalah pemain baharu.

Ia akan mengambil masa tetapi ini juga peluang untuk kami meningkatkan pemahaman, komunikasi dan pergerakan kami semasa kami membuat persiapan untuk liga.

“Saya yakin kami sudah bersedia untuk permulaan Liga Super Malaysia dan boleh menjadi saingan kuat kepada KL City pada hari Jumaat (esok),” katanya yang sebelum ini memikul tanggungjawab selaku Pengarah Teknikal kelab.

Sementara itu, penjaga gol utama skuad Red Giants, Khairulazhan Khalid turut melontarkan keyakinan bahawa bekas juara 33 kali Piala Malaysia itu sudah sedia menyahut cabaran musim ini.

“Saya yakin rakan sepasukan akan berikan yang terbaik untuk musim ini,” kata penjaga gol kebangsaan itu.

sumber:- HM

Untuk rekod, musim lalu Selangor menamatkan saingan Liga Super di tangga kelima liga dan seperti kebiasaan, bekas gergasi bola sepak tanahair itu tetap dilabel pasukan pilihan untuk mencabar Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sudah memenanginya buat kali kelapan berturut-turut.