Pemain tengah Johor Darul Takzim (JDT), Natxo Insa enggan dibuai rasa puas hati selepas skuad Harimau Selatan mengekalkan kejuaraan Piala Sultan Ahmad Shah buat kali kelima berturut-turut apabila menang 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi Sumbangsih, di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu lalu.
Sebaliknya, Insa yang sudah bersama JDT sejak 2017 mahu memastikan tiga mata pertama mampu diraih pasukan itu apabila menerima kunjungan Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.
Katanya, kegembiraan menjulang Piala Sumbangsih harus dilupakan kerana ada tugasan yang lebih penting apabila berdepan skuad kendalian Tomas Trucha untuk memastikan tiga mata milik pasukan yang bergelar juara liga lapan musim berturut-turut itu.
Menjuarai Piala Sumbangsih untuk kali kelima berturut-turut sudah cukup menggembirakan saya kerana membantu JDT merangkul piala berkenaan untuk lima musim berturut-turut dan saya bangga kerana terbabit selama lima musim untuk menjulang piala itu.
Apapun, saya mahu melupakan kemenangan itu, sebaliknya mahu memberi tumpuan bagi pertembungan menentang Penang FC tatkala ia perlawanan pertama liga dan enggan dipalit kekecewaan apabila beraksi di laman sendiri.
“Walaupun Penang FC tidak dapat menurunkan dua tonggak utama mereka iaitu, Casagrande dan Endrick (dos Santos) akibat penggantungan namun saya tidak anggap mereka lemah kerana mengenali corak permainan pasukan itu mereka gemar beraksi cara permainan pantas yang boleh mengundang bah@ya kepada JDT,” katanya.
Insa juga berharap momentum permainan JDT tidak terjejas apabila beraksi men3ntang skuad Harimau Kumbang yang pasti mahukan kemenangan pada aksi pertama liga dan dia bertekad memberi persembanan terbaik untuk mengemudi jentera tengah.
Ditanya mengenai corak permainan pemain import baharu JDT, Fernando Forestieri, Insa menegaskan pemain itu pantas membentuk kombinasi yang mantap bersama Bergson Da Silva dan sentiasa bekerja keras untuk memenangi bola daripada pemain lawan.
sumber:- HM
“Saya selesa beraksi bersama Fernando apabila kerap mengumpan bola kepadanya malah pemain itu kerap mencari ruang kosong untuk menyusup masuk ke dalam kotak penalti pasukan lawan dan ia memudahkan buat saya dan rakan lain yang beraksi di posisi tengah melakukan umpanan bola,” kata Insa.