Sukan

Kekurangan paling ketara Malaysia

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dijangka berdepan masalah sama iaitu ketandusan striker berkaliber terutamanya pada aksi persahabatan bulan ini serta di pusingan ketiga kelayakan Piala Asia, Jun depan.

Jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah berkata, masalah itu akan kekal berulang selagi pasukan yang beraksi di Liga Malaysia (Liga M) dibenar menggunakan lima pemain import.

Perkara ini sudah terang lagi bersuluh. Apabila banyak peny3rang import dalam liga tempatan, bagaimana penyerang tempatan dapat memperoleh minit permainan yang banyak? Itu belum kira lagi pemain naturalisasi.

“Bukan Liga Super saja, Liga Perdana pun ramai pemain import terutama striker. Sudah pasti mereka (peny3rang tempatan) tidak mempunyai peluang untuk beraksi.

“Kemudian apabila dipanggil skuad kebangsaan untuk beraksi pada perlawanan antarabangsa, pasti ia agak sukar,” katanya ketika dihubungi.

Jelas jurulatih yang pernah membawa Kedah meraih kejuaraan treble sebanyak dua kali berturut-turut itu, pengambilan pemain import harus dihadkan bagi memberi peluang kepada peny3rang tempatan mendapat tempat beraksi di saingan liga.

“Bagi saya tiga pemain import sudah mencukupi. Apabila ini berlaku, maka peny3rang tempatan akan memperoleh minit permainan yang lebih banyak di atas padang,” katanya.

Bagaimanapun Azraai tetap berharap Pan-gon dari Korea Selatan mampu membawa perubahan kepada skuad Harimau Malaya.

“Kita dapat lihat apabila beberapa negara jiran kita menggunakan khidmat jurulatih Korea, ada perubahan dan peningkatan prestasi. Maka perkara sama juga saya harapkan kepada Pan-gon,” katanya.

Seperti musim lalu, peny3rang import dijangka akan menguasai Liga M terutamanya bagi merebut Anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak.

Antara peny3rang yang dijangka mendapat tumpuan adalah Bergson da Silva dari Johor Darul Ta’zim (JDT) serta ayam tambatan import Terengganu FC, Kpah Sherman dan Ifedayo Olusegun yang kini beraksi buat Melaka United.

sumber : HM

Skuad Harimau Malaya akan bertemu Filipina dan Singapura pada perlawanan persahabatan bulan ini sebelum beraksi di pusingan ketiga kelayakan Piala Asia, Jun depan bertemu Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh.