Sukan

B. Sathianathan sah buat kemunculan kembali

B. Sathianathan sah kembali mewarnai kancah Liga Malaysia selepas diberikan mandat selaku ketua jurulatih baru Sarawak United bagi menggantikan E. Elavarasan, yang terpilih sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan.

Memulakan sesi latihan pertamanya bersama pasukan itu hari ini, pengendali berusia 63 tahun itu, yang sebelum ini turut bertindak sebagai pengarah teknikal Sarawak United, mengakui Ngap Sayot berdepan permulaan sulit apabila akan berdepan Kedah Darul Aman FC dan Johor Darul Ta’zim dalam dua perlawanan pertama.

Menjelang perlawanan pertama Liga Super bertemu Lang Merah di tempat sendiri Jumaat ini, Sathianathan berkongsi mengenai perancangannya bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

“Baru hari ini saya dapat mengadakan latihan, dua hari sebelum perlawanan pertama.”Dalam masa sesingkat ini, saya hanya ikut dahulu apa yang telah Ela (Elavarasan) telah rancangkan sebelum ini.

Mereka sebelum ini telah menghadapi kejohanan di Sabah, jadi saya kena teruskan (perancangan itu).
Hanya ada sedikit perubahan tetapi selepas Piala FA, mungkin saya akan diberikan masa untuk melakukan sesuatu.

Kalau diikutkan tahun ini, berdasarkan apa yang dikatakan presiden, kami tidak mahu berbelanja besar kerana perlu menyelesaikan hutang terlebih dahulu.

“Tetapi itu tidak bermakna kami berputus asa, kami mahu kekal dalam Liga Super dan saya harap pemain yang ada ketika ini, walaupun mereka tidak memiliki nama yang besar, mereka perlu memiliki jiwa yang besar,” katanya.

Sathianathan menambah: Saya meletakkan sasaran dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Saya hanya mahu melihat pemain memberikan 100 peratus.

sumber: SA

“Perlawanan pertama kami men3ntang kedah, perlawanan kedua kami men3ntang JDT dan kemudian Piala FA.
“Jadi, ia permulaan yang agak sulit dan susah tetapi apa yang saya minta daripada pemain adalah buat yang terbaik dan mencuba sedaya-upaya kerana dalam bola sepak, apa-apa sahaja boleh berlaku,” katanya lagi.