Sukan

‘Steady’ orang Johor

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta tidak bersara awal daripada sukan bola sepak bagi mengelak kekurangan saingan kepada pasukan lain.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, walaupun ‘persaraan’ adalah atas pilihan masing-masing, namun baginda masih diperlukan dalam arena bola sepak negara.

“Bersara atau tidak, itu pilihan masing-masing. Orang bersara dah tua, tapi kalau muda lagi, hendak bersara apa?

“Orang tua pun main bola lagi, jadi janganlah bersara. Nanti saya tidak ada saingan pula,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Penjawat Awam Kedah di Dataran Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Kelmarin, Tunku Ismail melalui akaun Instagram miliknya, menyatakan hasrat bersara daripada aktiviti bola sepak sekiranya skuad Harimau Selatan itu kecundang buat kali kedua kepada KL City FC pada perlawanan Sumbangsih malam tadi.

JDT tewas 2-0 kepada skuad Bojan Hodak pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu, bagaimanapun Harimau Selatan berjaya menewaskan KL City FC 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi turut mengucapkan tahniah kepada JDT di atas kemenangan menjulang Piala Sumbangsih.

Apa yang saya katakan sebelum ini hanya ‘memanaskan’ keadaan di luar padang, orang Johor pun faham.

sumber:- HM

“Saya pergi ke Johor baru-baru ini, orang Johor pun ‘ok’ saja. ‘Steady’ orang Johor,” katanya.