Pengurusan Penang FC terpaksa akur dengan keputusan Lembaga Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan perlu menerima bahawa mereka akan kehilangan tonggak utama untuk perlawanan pembukaan men3ntang JDT FC pada 4 Mac 2022 ini di Stadium Sultan Ibrahim dan perlawanan kedua Liga Super men3ntang pasukan Melaka United FC di Stadium Bandaraya.

Keputusan itu membabitkan hukvman ke atas Endrick yang digantvng selama dua minggu manakala Casagrande dihukum lebih keras apabila digantvng selama sebulan daripada terbabit dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak segala aktiviti membabitkan sukan itu.

Hukvman terhadap Endrick akan berkuat kuasa 24 Februari hingga 9 Mac ini selain turut didenda RM1,000.

Manakala hukuman terhadap Casagrande akan bermula pada 24 Februari dan akan tamat pada 25 Mac selain perlu membayar denda RM3,000.

Pihak pengurusan Penang FC memutuskan untuk menanggung denda yang dikenakan dan mengakui ia memberi impak besar dan menjejaskan persiapan pasukan, yang masih dalam proses mencari keserasian membabitkan pemain baru dalam pasukan.

sumber:- HM

Untuk rekod hukvman berkenaan dikenakan susulan insid3n pergadvhan yang tercetus dalam perlawanan terakhir kejohanan bola sepak empat penjuru, Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lawan Penang FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 9 Februari 2022.