Sukan

Perlawanan paling panas piala FA

Penjaga gol meningkat naik Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim akui skuadnya bakal berdepan dengan laluan getir pada aksi pusingan pertama Piala FA musim ini selepas diundi men3ntang pendatang baharu Liga Super, Negeri Sembilan, kelmarin.

Pemain berusia 21 tahun itu menjelaskan, jika rakan sepasukannya mengambil mudah pertemuan itu, sudah pasti padah bakal menanti skuad kendalian Nafuzi Zain itu walaupun beraksi di laman sendiri.

Bagaimanapun bekas pelatih skuad kebangsaan itu percaya barisan kejurulatihan mempunyai ramuan yang terbaik untuk berdepan juara Liga Perdana musim lalu itu dalam misi meneruskan kemaraan ke pusingan kedua.

Sudah pasti laluan sukar bakal menanti pasukan kami yang diundi bertemu dengan juara Liga Perdana musim lalu itu, lagipun saya lihat semua pasukan adalah bagus dengan persiapan awal dilakukan termasuk skuad Negeri Sembilan.

Namun saya percaya dengan kekuatan kami yang beraksi sebagai sebuah keluarga dan ditambah strategi yang bakal diterapkan barisan jurulatih, kami yakin mampu melepasi halangan itu.

“Tapi dengan syarat kami perlu betul-betul fokus dan gandakan lagi usaha untuk diterjemahkan di padang selain tidak mengambil mudah kerana lawan sudah pasti mahukan kejayaan yang sama,” katanya yang mensasarkan untuk beraksi di pentas final pertama dalam kariernya.

Pandangan sama turut dikongsi Pengurus TFC, Mohd Fadhil Wahab yang melihat laluan berliku buat skuad Penyu itu untuk melangkah ke pusingan kedua selepas dua musim kejohanan itu tidak dipertandingkan berikutan penvlaran c0vid-19.

Undian Piala FA yang berlangsung malam kelmarin adalah satu-satunya perlawanan yang menemukan pasukan dalam Liga Super, sudah pasti pertemuan di peringkat awal ini adalah ujian getir dan perlawanan yang sukar buat kedua-dua pasukan selain menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak kerana ingin melihat sejauh mana kemampuan kedua dua pasukan.

“Bagaimanapun saya percaya dengan barisan pemain selain taktikal jurulatih dan ditambah beraksi di tempat sendiri, TFC mampu melakar kemenangan untuk mengorak langkah dan seterusnya mengintai peluang merangkul trofi itu yang kali terakhir dimenangi Terengganu pada tahun 2011 selepas berjaya menumpaskan Kelantan 2-1,” katanya ketika dihubungi.

sumber:- HM

Saingan Piala FA akan membuka tirainya dengan aksi pusingan kelayakan pada 6 Mac ini, diikuti aksi pusingan pertama dari 11 hingga 13 Mac.