Sukan

Menang dan menang teras kejayaan Kedah

Mentaliti kemenangan menjadi teras utama yang sedang dipersiapkan skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi memulakan aksi saingan Liga Super yang akan membuka tirai saingannya pada 4 Mac depan.

Meskipun keputusan perlawanan pramusim bukanlah menjadi persoalan utama buat pengendali KDA FC Aidil Sharin Sahak, namun 10 kemenangan daripada 11 perlawanan yang dicapai setakat ini menjadi ukuran terbaik untuk skuad Sang Kenari sebelum melangkah ke pentas sebenar musim ini.

KDA FC hanya mencatatkan satu keputusan seri dan hanya tewas sekali kepada Sabah FC pada aksi empat penjuru dalam kejohanan Piala Sabah Maju Jaya di Stadium Likas pada 18 Februari lalu yang menyaksikan KDA FC muncul sebagai juara kejohanan berkenaan.

Menurut pengendali skuad Sang Kenari, aspek yang mahu ditekankan adalah mentaliti kemenangan pada setiap perlawanan dan persediaan mental serta fizikal yang secukupnya untuk semua pemain agar benar-benar bersedia bagi menghadapi aksi liga yang akan bermula seminggu dari sekarang.

Kami mahu sentiasa berada pada tahap bersedia sepenuhnya dalam setiap aksi yang sedang dan akan dilalui nanti, selain fokus melaksanakan tugas dengan tepat seperti yang direncanakan.

“Namun apa yang lebih penting adalah mentaliti kemenangan yang perlu ada pada setiap pemain setiap kali kami beraksi tidak kira pada perlawanan pramusim dan perlawanan liga yang akan kami hadapi selepas ini.”

“Saya akui keputusan kemenangan yang diperoleh dalam aksi perlawanan-perlawanan pramusim lalu telah memberi dorongan yang baik buat semua pemain bagi meningkatkan kemampuan dan persefahaman dalam persiapan pasukan pada musim ini.” katanya.

Aidil juga berkata beliau bersyukur kerana setakat ini pemainnya melalui proses kecergasan yang baik disamping tidak mengalami kec3deraan yang boleh mengganggu persiapan skuad Sang Kenari menjelang aksi Liga Super nanti.

Pemain kini semakin meningkatkan tahap kecergasan yang disasarkan dan saya berharap tiada kec3deraan yang boleh mengganggu persiapan pasukan pada ketika ini.

“Dengan berbaki satu lagi perlawanan pramusim yang akan berlangsung di Alor Setar selepas ini, saya mengharapkan pemain memanfaatkan semua perlawanan yang telah dilalui sebelum ini dan terus bertekad membina kekuatan yang disasarkan untuk pasukan yang baru dibentuk pada musim ini.,” katanya.

sumber:- HM

Kedah yang akan memulakan aksi Liga Super men3ntang Sarawak United FC pada 4 Mac depan dijadualkan mengadakan aksi pramusim terakhir bertemu skuad Penang FC di Stadium Darul Aman pada Sabtu ini.