Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon sudah mula mencongak sifir untuk memastikan anak buahnya berjaya lolos ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China selepas Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh.
Selesai undian peringkat kelayakan hari ini, jurulatih dari Korea Selatan itu sudah merencana strategi tersendiri dengan membvru tujuh mata daripada tiga perlawanan yang akan dilangsungkan dalam Kumpulan E itu.
Ini adalah perjalanan yang sukar tetapi kita ke sini untuk menghadapi situasi seperti ini. Bahrain adalah pasukan yang lebih kuat. Jadi kita akan memberi cabaran untuk mendapatkan satu mata.
Bagi aksi men3ntang Turkmenistan pula, ini adalah perlawanan paling penting dan kita perlu berusaha untuk mendapatkan tiga mata.
“Tiada sebab untuk kita tidak mendapat tiga mata men3ntang Bangladesh dan sasaran kita untuk mendapatkan tujuh mata. Kami akan cuba yang terbaik dan mara ke pusingan akhir untuk membanggakan penyokong Malaysia,” katanya.
Dalam masa sama, Pan Gon turut mengharapkan sokongan penyokong untuk membakar semangat pemain dalam tiga aksi yang boleh disifatkan sebagai aksi hidup mati dalam misi melangkah ke pusingan akhir.
“Teruskan memberi sokongan kepada kami dan sebagai tuan rumah, kita ada kelebihan yang besar. Kita akan gunakan kelebihan ini sebaik mungkin,” kata Pan Gon.
Pada aksi kelayakan yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, skuad kebangsaan bakal membuka tirai berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, disusuli Bahrain pada 11 Jun dan aksi terakhir berdepan Bangladesh pada 14 Jun.
Sebagai rekod, hanya juara setiap kumpulan dan lima naib juara terbaik akan mengesahkan tiket ke pusingan akhir di China, tahun depan.
sumber:- BH
Setakat ini, 13 pasukan sudah layak ke pusingan akhir iaitu China selaku tuan rumah, Australia, Iran, Jepun, Korea Selatan, Qatar, Arab Saudi, Syria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq, Lubnan, Oman dan Vietnam.