Sukan

Bukan salah mereka

Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim tidak menyalahkan pemain muda negara atas kekalahan memalukan di tangan Laos dalam Kejuaraan Bawah 23 (B-23) tahun Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) di Kemboja, semalam.

Sebaliknya, dia mendakwa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang tidak menyediakan landasan untuk pembangunan bola sepak Malaysia.

Saya sudah banyak kali berkata bahawa kalau FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) atau MFL (Liga Bolasepak Malaysia) tidak membuat tanggungjawab mereka untuk mengadakan liga remaja bagi pemain remaja Malaysia, jangan harap bahawa bola sepak Malaysia akan maju.

Pembangunan seseorang pemain mesti melalui proses pembangunan muda yang sistematik dan ini tidak ada di Malaysia.

Tetapi, situasi bola sepak kita tidak memberi pemain remaja untuk maju. Kita tidak boleh menyalahkan mereka. Yang salah adalah FAM dan MFL. Mereka yang seharusnya menyedia dan melengkapkan landasan untuk pembangunan bola sepak Malaysia.

“Perubahan itu adalah seperti liga-liga remaja, tiga pemain import shaja untuk Liga Super dan Perdana, manakala pasukan kedua Liga Super tidak boleh ada pemain import yang bermain dalam Liga Perdana,” tulisnya pada akaun Instagram miliknya.

Kekalahan 2-0 skuad B-23 kebangsaan kepada Laos di di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh itu menyaksikan mereka terkeluar dari saingan Kejuaraan B-23 AFF 2022.

sumber:- BH

Untuk rekod, FAM sebelum ini sudah pun menganjurkan saingan Piala Belia dan Presiden yang menjadi medan untuk pemain muda di negara ini menunjukkan bakat mereka.