Sukan

Kelab tidak beri pelepasan punca Malaysia Kalah

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui bahawa ketiadaan beberapa tonggak utama dalam skuad muda negara di kejohanan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) Bawah 23 tahun (B-23) adalah disebabkan tidak mendapat pelepasan daripada kelab masing-masing.

Pengarah Teknikal FAM Scott O’Donell berkata, pada peringkat awal pihaknya menyenaraikan 50 pemain untuk menyertai kejohanan terbabit.

Beliau berkata, antara tujuan lain pemilihan berkenaan adalah untuk menyenaraikan pemain yang dilihat menyerlah namun tidak mempunyai peluang dan ruang beraksi di peringkat antarabangsa.

Katanya, berdasarkan barisan pemain yang menyertai di Ulaanbaatar, Mongolia pada Oktober tahun lalu, Maloney memilih beberapa pemain saja iaitu membabitkan Harith Haiqal Adam Afkar, Azrin Afiq Rusmini dan Nur Azfar Fikri Azhar.

Kami mengambil kira bahawa kebanyakan pemain muda yang menyerlah dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana tidak dilepaskan daripada pasukan masing-masing kerana berlangsung di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Berdasarkan senarai 50 pemain yang dipilih oleh pengendali skuad B-23, turut tersenarai adalah Arif Aiman Hanapi, Luqman Hakim Shamsuddin, Mukhairi Ajmal Mahadi, Ramadhan Saifullah, Danial Asri, Sharul Nazeem Zulpakar, Quentin Cheng, Nathaniel Shio Hong Wan, Azri Abdul Ghani dan Rahadiazli Rahalim,” katanya.

Terdahulu, skuad negara terpaksa menerima hakikat pulang awal pada saingan Piala AFF B-23 selepas tewas buat kali kedua di tangan Laos dalam tempoh empat hari.

Pada perlawanan pertama Jumaat lalu, skuad B-23 negara dikejutkan dengan permainan mantap Laos sebelum tewas 1-2. Nasib sama terus menimpa pasukan muda negara pada perlawanan timbal balik semalam apabila ditunjukkan jalan pulang oleh Laos dengan keputusan 0-2.

Sementara itu, beliau berkata, berkaitan persediaan skuad B-23 negara mengharungi cabaran di kejohanan Piala Asia B-23 di Uzbekistan, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Maloney dan jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon bagi memilih pemain bersesuaian untuk membarisi pasukan masing-masing.

sumber:- HM

“Pemain yang turut berada dalam senarai kemungkinan membarisi skuad muda adalah membabitkan Nik Akif Syahiran Nik Mat, Akhyar Rasid dan Hadi Fayyadh Abdul Razak,” katanya.