Sukan

Kekalahan kepada Laos sebabkan Kim Swee buka mulut

KEKALAHAN mengejutkan Malaysia di tangan Laos pada kempen Kejuaraan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, diharap membuka mata semua pihak mengenai impak ketiadaan kelompok pemain utama dalam pasukan.

Bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Ong Kim Swee berkata, tanpa pemain utama beraksi di kejohanan tersebut, cabaran dari negara seperti Laos, Kemboja, Timor Leste dan Filipina tidak boleh lagi dipandang rendah.

Menurut Kim Swee, idea untuk ‘merehatkan’ pemain utama dengan tanggapan pihak lawan adalah pasukan belasahan juga perlu dikikis, sekali gus membuka peluang kepada jurulatih untuk mendapatkan pemain dikehendaki bagi mengharungi kejohanan disertai.

“Ini bukan lagi tamparan (kekalahan kepada Laos), ini bagi saya merupakan ‘kedegilan’ kita. Berapa kali kita nak ‘ditampar’ dengan pasukan-pasukan seperti ini?.

“Kita perlu hentikan perkara ini, kita kena cari jalan penyelesaian untuk dapatkan pemain terbaik dalam pasukan. Bagi saya kita harus tampil dengan satu solusi untuk membenarkan pemain terbaik kita dapat didedahkan kepada perlawanan-perlawanan seperti ini,” katanya kepada Bernama pada Ahad.

Pada masa sama, Kim Swee mengakui terdapat kewajaran di sebalik pendekatan menurunkan pasukan ‘kedua’ terutama pada kejohanan yang tidak berada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), antaranya memberi peluang kepada jurulatih menguji pemain berbeza.

Bagaimanapun, bekas ketua jurulatih skuad senior dan B-23 kebangsaan itu berkata, jika pasukan tidak berjaya mencapai sasaran ditetapkan, kegagalan itu tidak seharusnya diletakkan kepada individu tertentu.

sumber:- SH

“Sebagai contoh, saya, apabila Sukan SEA 2019 bukan dalam kalendar FIFA dan beberapa pemain tak dibenarkan sertai pasukan, apa berlaku pada saya?.. saya dipecat. Saya bukan mahu mempertahankan sesiapa cuma perkara ini dah banyak kali saya cakap.