Kehadiran pengendali baharu skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon bersama ‘pakejnya’ bukan hanya sebagai cukup syarat semata-mata dalam usaha membentuk pasukan kebangsaan lebih mantap.

Hal ini kerana, empat pembantunya iaitu Pau Marti (pembantu jurulatih), Cho Jun Ho (jurulatih penjaga gol), Dr Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jae Hun (juruanalisis prestasi) dengan dia akan dibantu seorang jurulatih tempatan mempunyai kepakaran masing-masing bersama pasukan ternama di luar negara.

Malah, kehadiran mereka itu dilihat mampu mengubah landskap skuad Harimau Malaya dengan memberi nafas lebih segar bagi memastikan kejayaan lebih positif dikecapi pada masa akan datang.

Marti bersama pasukan remaja Barcelona sebelum ini dan saya memang mengenalinya daripada Hong Kong. Dia akan membawa cara latihan yang baharu dengan asas pengetahuan bola sepak moden.

Dr Gokhan pula pernah bertugas di Liga Super Turki dan sememangnya pakar dalam sains sukan. Dia akan membawa pengetahuan sains sukan moden dan akan membantu kita ke peringkat lebih tinggi lagi.

“Jun Ho adalah bekas penjaga gol kebangsaan Korea Selatan dan selain bertugas di Korea Selatan, dia ada pengalaman di Asia Tenggara bersama kelab di Thailand. Jadi saya panggil dia untuk membantu bangunkan penjaga gol kita.

Juruanalisis bekerja bersama pasukan Bawah 20 tahun (B-20) Korea Selatan dan dia memainkan peranan penting untuk membantu pasukan itu menjadi naib juara Piala Dunia B-20.

sumber:- HM

“Dia akan membantu kita untuk membuat analisis mengenai prestasi pasukan,” kata bekas Pengarah Pasukan Kebangsaan di Persatuan Bolasepak Korea (KFA).