Sukan

Teka – Teki akhirnya terjawab

Khabar angin mengenai siapa yang akan mengambil jawatan penolong pengendali Harimau Malaya Kim Pan-gon berakhir Khamis ini apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menangani isu tersebut.

Menurut sumber, senarai nama itu pada asalnya berjumlah enam, kini hanya tinggal satu, dan orang yang dimaksudkan itu berkemungkinan besar ketua jurulatih Sarawak United, E Elavarasan. Pilihan bekas pengendali Melaka United dan PDRM itu, katanya, adalah kerana kehebatan komunikasinya yang memudahkan penyampaian arahan Pangon kepada pemain.

Beliau berkata Pengarah Teknikal FAM Scott O’Donell akan membuat kenyataan berkaitan orang itu dan mula bekerja dalam masa terdekat. “Perkara yang paling penting ialah komunikasi kerana penolong jurulatih boleh dengan mudah menyampaikan perkara tertentu kepada pemain atau menjelaskan situasi terakhir kepada Pan-gon.

“Jika dilihat pada situasi semasa, Elavarasan paling berhak mendapatnya, dan namanya selama ini disebut-sebut sebagai pembantu Pan Gon,” katanya ketika menghubungi Arena Metro.

Sebelum ini, akhbar itu melaporkan usaha mencari pengendali tempatan untuk membantu Pan-Gon kini memasuki fasa terakhir, dengan dua calon terakhir dimuktamadkan oleh FAM.

Nama kedua-dua calon itu kemudiannya akan dimaklumkan kepada Kim Pan-gon untuk pemilihan mereka yang difikirkan sesuai oleh Pengendali Utama Negara.

sumber:- HM

Sebelum ini, beberapa nama disebut-sebut membantu Pan-gon antaranya Elavarasan, bekas jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan, bekas pengendali Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah, dan Nidzam Jamil, yang merupakan penolong jurulatih di Selangor FC. Sebagai rekod, selain penolong jurulatih tempatan, Pan-gon akan membawa empat lagi jurulatih untuk membantu iaitu Pau Marti Vicente (penolong jurulatih), Cho Jun Ho (jurulatih penjaga gol), Dr Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (penganalisis).