Gol minit akhir N Thanabalan membantu Sabah FC menewaskan Sarawak United 2-1 dalam saingan Piala Sabah Maju Jaya  (Piala SMJ) di Stadium Likas. Terdahulu, pasukan Badak mendahului pada minit kesembilan menerusi jaringan bekas pemain Kedah Darul Aman FC Baddrol Bakhtiar  sebelum Uche Agba memadam kelebihan ketika aksi berbaki seminit.

Kemenangan itu meletakkan Sabah FC di tangga kedua saingan Piala SMJ dengan tiga mata selepas dua perlawanan, satu mata di belakang Kedah. Kelantan FC di tempat ketiga, juga dengan tiga mata, manakala Sarawak United di tempat terakhir tanpa mata.

Mengulas kemenangan itu, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mahu pemainnya meneruskan corak permainan agresif untuk perlawanan seterusnya. Dia turut mengulangi kelemahan besar buat pasukannya yang masih leka bermain selepas mendahului jaringan yang mengakibatkan kekalahan 2-1 men3ntang Kelantan FC pada aksi pertama Ahad lalu.

Namun, prestasi hari ini (malam tadi) lebih baik berbanding perlawanan pertama men3ntang Kelantan FC tempoh hari, tetapi kita perlu ingat apabila mendahului, kita sentiasa gembira dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku lagi.

sumber:- BH

Malam ini (malam tadi) kami berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir, tetapi secara keseluruhan kami perlu memperbaiki permainan. Kami mesti terus bermain secara agresif semasa mendahului perlawanan, katanya. Kim Swee turut mengakui pemain yang diturunkan malam tadi tidak cukup cergas termasuk Badrol yang tidak pulih sepenuhnya daripada masalah kec3deraan dengan hanya 16 pemain sebagai pilihan untuk diturunkan. Sabah FC akan men3ntang Kedah dalam perlawanan ketiga Piala SMJ di Stadium Likas pada hari Jumaat jam 21:00.