Sukan

Kelantan sebenarnya belum dihukum

Memang ada penalti bagi mana-mana pasukan yang menarik diri selepas mengesahkan penyertaan dalam pertandingan di bawah naungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Mohd Firdaus Mohamed, pengerusi Jawatankuasa Profesional Tempatan FAM menjelaskan peruntukan ini termasuk dalam peraturan pertandingan sedia ada dan semua pasukan sedia maklum mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, Firdaus berkata Kelantan FC masih belum “dihukum” selepas gagal menghantar pasukan belia ke kejohanan yang dianjurkan oleh badan induk itu.

Ini kerana badan induk itu menghantar pemberitahuan kepada pasukan TRW hanya untuk menjelaskan akibat jika mereka benar-benar menarik diri daripada pertandingan. “Sebenarnya perkara itu boleh dibincangkan sebelum menghantar surat penarikan diri, tetapi apabila mereka berbuat demikian, kita mesti bertindak balas mengikut peraturan tertentu.

“Mereka mengesahkan penyertaan dan komitmen terhadap pertandingan itu, tetapi kini masanya singkat dan pendaftaran pemain telah ditutup. “Jadi kami bertindak balas berdasarkan peraturan sedia ada.

Tindakan diambil terhadap mana-mana pasukan yang menarik diri selepas pengesahan penyertaan, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di mana-mana negara.

Cuma setakat ini mereka belum didenda, kerana kita hanya menjelaskan peraturan dan apa yang patut dilaksanakan dalam situasi ini. Jika semua pasukan menarik diri, ia akan menjejaskan pembangunan.

“Diharap setiap pasukan yang menyertai mana-mana pertandingan FAM, jika ada masalah datang berbincang sebelum membuat keputusan,” katanya. Sebelum ini, pemilik pasukan Kelantan FC Norizam Tukiman meluahkan rasa tidak puas hati selepas menyatakan pasukan itu akan didenda FAM kerana tidak menghantar pasukan belia mereka bertanding.

sumberL- BH

Usahawam yang lebih dikenali sebagai Zamsaham itu menjelaskan mereka tidak dapat menghantar pasukan itu berikutan kelewatan FAM membayar wang pengadil yang telah dibayar pasukan itu tahun lalu bagi pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Norizam menegaskan pasukan itu tidak dibebani masalah kewangan, bagaimanapun menyatakan FAM tidak memahami situasi semasa, yang bermakna pasukan itu tidak dapat menjana pembiayaan dan terus memaksa pasukan itu mengikut arahan.