Sukan

Popov mula main psik0logi

“Kita ke sini (Piala AFF B-23) umpama sertai kejohanan latihan, di mana kita kehilangan ramai pemain utama.”

Demikian p3rang psik0logi skuad B-23 Myanmar yang digambarkan jurulatihnya, Velizar Popov menjelang aksi sulung bertemu Malaysia di Stadium Prince, di Phnom Penh, Kemboja petang esok.

Mungkin kenyataan jujur itu benar-benar membelenggu pasukannya atau ia hanya helah untuk memerangkap skuad B-23 negara kendalian Brad Maloney itu nanti.

Namun menurut Popov yang pernah mewarnai saingan Liga Malaysia dengan membimbing Kelantan pada 2016 lalu, persiapan pasukannya untuk kejohanan itu agak kelam kabut dengan beliau membawa ramai pemain B-19.

Katanya, situasi politik di Myanmar dan masalah kec3deraan beberapa pemain utama menyebabkan beliau terpaksa menyenaraikan pemain lebih muda.

Kita kehilangan ramai pemain utama disebabkan situasi p0litik di sana (Myanmar), di mana ada pemain yang terpaksa berada bersama keluarga untuk menjaga kes3lamatan, dan ada juga pemain yang masih mengalami kec3deraan.

“Kita menggunakan beberapa pemain B-19 untuk dibawa ke kejohanan ini dan kita akan lihat sejauh mana pasukan boleh mara,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia membariskan pemain berpengalaman dan ia ujian terbaik buat pasukannya yang lebih menumpukan persiapan temasya Sukan Sea di Vietnam pertengahan tahun ini.

“Untuk dua aksi kumpulan ini, kita akan lihat prestasi pemain B-19 tahun kerana sasaran pasukan ialah Sukan Sea. Kita nak beri peluang kepada pemain dan lihat prestasi mereka,” kata jurulatih dari Bulgaria itu.

sumber:- HM

Selain Malaysia dan Myanmar, Kumpulan B turut dihuni Laos dengan juara daripada setiap tiga kumpulan akan layak secara automatik ke separuh akhir, manakala satu lagi slot diberikan kepada naib juara terbaik.