Sukan

Kedah mampu ‘baiki’ Syafiq Ahmad

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mahu memastikan kualiti yang ada pada striker Syafiq Ahmad kembali berada pada tahap terbaiknya untuk aksi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan pada pentas Piala AFC musim ini.

Ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak berkata, beliau melihat kemampuan yang ada pada Syafiq mampu ditingkatkan lagi selepas membuktikan kewibawaannya mel3dak satu gol pada aksi men3ntang Sarawak United dalam kejohanan Piala Sabah Maju Jaya (PSMJ 2022), Ahad lalu.

Kita tahu Syafiq kurang dari segi minit permainan sebelum ini dan oleh sebab itu banyak perkara yang kita rancang untuknya selepas kembali bersama Kedah.

Kualiti dan ketajaman yang ada pada Syafiq boleh dihasilkan untuk Kedah musim ini kerana dia juga pernah membuktikan sentuhan terbaiknya ketika bersama Kedah, JDT dan skuad kebangsaan sebelum ini.

“Saya yakin dia sedang bekerja keras dan meningkatkan persefahaman dengan semua pemain import dan pemain baharu musim ini,” katanya.

 

Pengedali dari Singapura ini bagaimanapun mengakui secara keseluruhan skuad Sang Kenari masih masih belum mencapai tahap kecergasan tertinggi walaupun sudah mengharungi lapan aksi pramusim.

Kita tidak boleh ambil keputusan kemenangan pertama dalam aksi pembukaan perlawanan Piala SMJ 2022 sebelum ini untuk menentukan kedudukan dan prestasi kita kerana apa yang penting perlu tahu objektif utama dalam mempersiapkan pasukan.

Masih banyak ruang dan perkara yang perlu terus diperbaiki walaupun sudah mengharungi lapan perlawanan pramusim sebelum ini. Saya harap sedikit demi sedikit kita akan dapat memantapkan pasukan lagi.

sumber:- HM

“Namun, setakat ini tahap kecergasan pemain kini semakin meningkat kepada 80 peratus dan Insya-Allah, kita mampu capai tahap 100 peratus sebelum Liga M bermula,” katanya.